CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Panas! Pasangan Biadap, Cabul Penguatkuasa MBSA Cetus Kemarahan Netizen

25-11-2016 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3903| Komen: 2|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Kecoh sekecohnya di laman sosial apabila dua individu lelaki dan perempuan dirakam mengganggu

Kecoh sekecohnya di laman sosial apabila dua individu lelaki dan perempuan dirakam mengganggu dan tak keterlaluan dikatakan membuli penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam ketika melakukan tugasan. 


Tindakan pasangan berbangsa Cina itu dilihat sebagai biadap dan juga melampaui batas selepas cuba menghalang pegawai tersebut melakukan tugas, selain 'sibuk' untuk merakam gambar pegawai wanita tersebut. 

"Satu gambar sahaja," itulah ayat yang diulang-ulang oleh lelaki yang membuli pegawai tersebut dan cuba merakam gambar pegawai tersebut. 

Loading FB Post...


Rakaman berdurasi 2 minit itu sekaligus menjadi viral dan merebak begitu pantas di dinding-dinding Facebook netizen. 

Rata-rata mereka menunjukkan rasa marah kerana sikap kurang ajar yang dipamerkan oleh kedua pasangan tersebut. Malah, ada yang mendakwa pegawai tersebut turut dicabul oleh individu terbabit. 

Berikut merupakan komen yang memaparkan ketidakpuasan hati di kalangan netizen.


Dalam masa yang sama, diingatkan isu ini adalah berpunca dari sikap pasangan terbabit sendiri tanpa perlu mengaitkannya dengan perkauman. 

Meskipun ramai yang menyerang pasangan tersebut dan menyentuh isu rasis, namun terdapat sebilangan netizen yang tak mahu ia dikaitkan dengan kaum tertentu. 

"Tak perlu lihat dari aspek perkauman, tetapi orang jahat dan patut diambil tindakan keras."

"Tak kiralah bangsa apa pun, kalau perangai macam ini wajib diambil tindakan."


Terkini, akhbar tempatan melaporkan pasangan tersebut telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Shah Alam hari ini. 

Keduanya dituduh menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalan kewajipannya. - CARI 
23

Bagus
29

Marah
31

Terkejut
14

Sedih
33

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 27-11-2016 07:33 PM
muka yg pompuan tu haihh takleh blah
Quote Skuau 25-11-2016 11:30 PM
YB Shah Alam boleh sahaja membantu pasangan 'teraniaya' ini......

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031407 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top