Semasa dikejutkan rakannya supaya bangun menunaikan solat Subuh, Abdul Mu'izz Rusli seorang penuntut dari Malaysia yang sedang menjalankan pengajian di Universiti Islam Negeri Sunan Ampel di Surabaya kelmarin didapati tidak sedarkan diri.
Memetik laporan Bernama, Atase Pendidikan Malaysia di Indonesia Mohamad Hidayat Mohamad Saufi berkata, ketika kejadian selain terdapat kesan luka kecil pada bahagian kepalanya, rakannya juga mendapati mulut Abdul Mu'izz kelihatan mengeluarkan buih. "Selepas dibawa ke hospital berhampiran, doktor mengesahkan Abdul Mu'izz meninggal dunia kira-kira 2 pagi tadi." Pihak polis menyifatkan kematian penuntut itu sebagai kematian biasa dan tiada unsur jenayah. Mohamad Hidayat berkata keluarga Abdul Mu'izz yang kini tinggal di Kota Samarahan, Sarawak telah dimaklumkan mengenai kejadian itu. "Mereka yang dalam perjalanan ke Surabaya juga meminta supaya jenazah Allahyarham dikebumikan di Surabaya."- CARI
|
49
Bagus |
46
Marah |
36
Terkejut |
41
Sedih |
31
Lawak |
41
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ronapink replied at 23-11-2016 03:20 AM
takziah....alfatihah
rospinki replied at 23-11-2016 12:31 PM
ttrgt dolu2 ada lelaki kena sawan babi depan kedai kotrg..berbuih2 mulut serta kekejangan kesian tgk ...
ADVERTISEMENT