Seorang kanak-kanak berbangsa Cina dilaporkan termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya dan mengalami muntah yang teruk. Setelah disedari ahli keluarganya, dia segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, namun gagal diselamatkan.
Menurut laporan Guang Ming Daily, kejadian luar biasa itu berlaku di pekan kecil Simpang Pertang, Negeri Sembilan pada 18 November iaitu Jumaat lalu. Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Lee sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula. “Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk." “Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja." “Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk tindakan susulan.”
Menurut ibunya, mangsa seorang yang periang dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik. Pada keesokan harinya, mangsa meninggal dunia kira-kira 1 petang di hospital terbabit. - CARI |
15
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
20
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT