View: 5698|Reply: 68
|
Kanak-Kanak Termakan Ubat Darah Tinggi Milik Neneknya
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak berbangsa Cina dilaporkan termakan ubat tekanan darah tinggi milik neneknya dan mengalami muntah yang teruk.
Setelah disedari ahli keluarganya, dia segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, namun gagal diselamatkan.
Menurut laporan Guang Ming Daily, kejadian luar biasa itu berlaku di pekan kecil Simpang Pertang, Negeri Sembilan pada 18 November iaitu Jumaat lalu.
Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Lee sebelum itu menelan sekurang-kurangnya enam biji ubat yang disangkanya gula-gula.
“Mereka fikir anaknya telah termakan benda beracun kerana keadaan mangsa pada ketika itu sangat lemah akibat mengalami muntah-muntah yang teruk."
“Namun, kanak-kanak itu sempat memberitahu dia telah makan ‘gula-gula’ neneknya yang ada di atas meja."
“Sebaik sahaja melihat keadaan anaknya semakin lemah, mangsa kemudian dihantar ke hospital Tuanku Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk tindakan susulan.”
Menurut ibunya, mangsa seorang yang periang dan merupakan anak bongsu dari tiga orang adik-beradik.
Pada keesokan harinya, mangsa meninggal dunia kira-kira 1 petang di hospital terbabit. - CARI
sumber foto: internet |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 ingat nak gelak baca tajuk..
tapi terkejut giler, sbb meninggal
rupanya 6 biji ko makan, cuainya nenek |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhhhh sampai 6 bijik disebatnye
Manis ke ubat tu...nak menelan sebijik pn puas macik ligan ank macik suh telan... |
|
|
|
|
|
|
|
Manis ke pil tu sampai budak ni telan 6 biji?
Ada pil tu baru masuk mulut dah terasa tak sedap.
Nasib baik boleh telan sekali dengan air.
Btw, takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nye,sampai 6biji dia telan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat kan tak serius. Tp bila baca part last.. Adoiii kesian nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa lah letak ubat merata bila ada an kecik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap ke??bukan ubat tu pahit ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai meninggal jadinya.. Arwah ingt cekelat kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
budak2 apa la dia tahu..
kena lak dia tengok berwarna warni..
mmg buat dia terlliur nmpak sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
nenek cina
bodoh
berak merata
letak ubat merata
|
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 kadang tak tahu orang dewasalah kena pastikan ubat tu semua disimpan di tempat yang selamat supaya tak mudah budak2 dapat mencapainya |
|
|
|
|
|
|
|
aku dok telan 10mg hari2 kecik ja tak sempat nak rasa pahit ka manis
mmg tak leh amek lebih dari 1 bijik sehari sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.. Budak kecik umo berapa lah ni, 3 tahun ke sbb dah pandai bercakap.. hm budak kecik mmg pantang.
Mak iols dulu cite iols pantang nampak ubat jenis syrup tu nanti mesti nk jgk. Sedap kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu bukak aib
dah meninggal
tanam
bacakan talkin
bagi jawapan
soalan2 kubur
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
|
|
|
|
|
|
|
|
La kesiannya. Jangan pulak lepas ni nenek tu jadi gelandangan pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|