CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Ramai Ibu Bapa Meroyan Dengan Keputusan UPSR Tahun Ini?

18-11-2016 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10966| Komen: 66|Original author: Oleh: Adib Za


Ternyata keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru sahaja diumumkan semalam telah menyebabkan pelbagai reaksi di kalangan ibu bapa dan juga masyarakat.


Apa tidaknya jika sebelum ini ramai yang boleh tersenyum dengan keputusan semua A, kali ini hanya 1.11 peratus sahaja calon yang memperoleh semua A.

Jauh berbeza dan mungkin boleh menyebabkan ramai anak-anak yang berasa sedih dan juga kurang motivasi. Begitu juga dengan ibu bapa, tiada lagi trend membandingkan keputusan anak, tak begitu! Ahaks!

Foto: Bernama
Bayangkan sahaja pada tahun lalu hampir 40,000 calon mendapat kesemua A dan tahun ini, tak sampai 5,000 orang sahaja! Apa sudah jadi, adakah anak-anak kian tidak cemerlang?


Nah, jangan cepat menuding jari, bersedih dan juga murung. Anda boleh membaca perkongsian dan hadamkan betul-betul apa yang disampaikan oleh pakar motivasi Dr Tengku Asmadi ini. 

Katanya, "keputusan tahun ini tidak menggambarkan keupayaan sebenar anak-anak kita, sebab ini kali pertama mereka berdepan dengan sistem dan format baru."

"Insyaallah anak-anak selepas tahun ini akan memperoleh pencapaian yang lebih baik."


Meskipun begitu, masih ramai di kalangan netizen yang menyalahkan sistem pendidikan yang sentiasa berubah-ubah seterusnya menyebabkan anak-anak sebagai mangsa keadaan.  


Apa pun, yang lebih wajar adalah ibu bapa harus peka dengan kebolehan dan bakat anak-anak. Yang mana mereka lebih cenderung dan keputusan dalam peperiksaan ini bukanlah segala-galanya, meskipun ia tak dinafikan sangat penting! 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
18

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
25

Sedih
30

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (126 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BebeQ 18-11-2016 01:01 PM
mana nak tengok contoh soalan format baru ni?
Quote krustykrab 18-11-2016 01:25 PM
Redha je la dgn result tu....takkn korg nk hempuk kepala menteri cikgu anak2 pulak

Pandang depan, jauh lg perjalanan bebudak upsr ni....upsr sraight A pun kalau esok ni jd mat rempit x guna jgk
Quote alieyrina 18-11-2016 01:49 PM
Ok..mcm mana nak didik budak2 tadika supaya ber kbat lepas ni? Sbb aku anak baru kindy..hahaa risau lebih
Quote mommymonster82 18-11-2016 03:26 PM
Alahai..upsr je pon..
Sampai bila asyik nak senang je...

Ramai Mak pak meroyan sbb xleh nak upload result  anak kat fb ler tu..

Quote Mulan 18-11-2016 03:28 PM
Kengkawan fb iols mostly chillax2 jer.. wpun xdak byk A result anak katanya ttp masih berpeluang masuk SBP.

Yg iol nmpk meroyan ni ada sorang mak tu je.. marah benar nmpknya kata sistem baru ni bodo... xtaulah anak dia mmg amik upsr atau bakal amik upsr thn dpn tp gabra lelebih...
Quote shara154 18-11-2016 03:39 PM
Ramai parents marah sbb x expect result mcm tu kot berdasarkan diorg punya trial exam.
Quote jiwarasa 18-11-2016 03:45 PM
kesian budak2.. study gila babi tapi silibus makin susah
Quote AHMADVW 18-11-2016 04:02 PM
Menteri ckp pendidikan kita setaraf negara maju
Quote ikmanurz 18-11-2016 04:21 PM
Edited by ikmanurz at 18-11-2016 08:27 AM

kualiti or kuantiti...?

aku setuju je yang meroyan tu sebab tak boleh nak share kat socmed
pada aku, kalau betul susah sangat2 tak kan ada yang dapat 6A
sekurang2nya diaorang tahu tahap pemikiran anak2 diorang macam mana

perlu banyakkan kem2 & program yang boleh buat anak2 berfikir, bukan hafal buku semata
zaman ni tak payah tuisyen2 dah..tak guna, hafal jawapan buat apa?

budak2 sekarang kena diajar tentang 'konsep' bukan bagi semua bulat2. Bila dah faham konsep semua benda boleh improvise


Quote Hafiz_19 18-11-2016 04:34 PM
nak A 90 -100
Quote batmana 18-11-2016 05:37 PM
mgkin gred dinaikkn. psl nk elakkn sekolah rmai pelajar cemerlang, bila byk cemerlang, sekola2, guru besar mohon peruntukan penambaikan bagai itu ini kt sekola masing2.

bila tambah cmtu mksudnye , gomen kene tmbah kos utk pendidikan, bila kene tmbah kos , duit nk cekau mana? klu dilihat semua peruntukan pndidikn ,makin besar ke kecil?

mgkin gtu kaedahnye..
Quote ronapink 18-11-2016 06:08 PM
mommymonster82 replied at 18-11-2016 03:26 PM
Alahai..upsr je pon..
Sampai bila asyik nak senang je...

setuju dengan mommymonster...
hahahaha
Quote marumaru 18-11-2016 06:35 PM
batmana replied at 18-11-2016 05:37 PM
mgkin gred dinaikkn. psl nk elakkn sekolah rmai pelajar cemerlang, bila byk cemerlang, sekola2, guru ...

Cuba tengok dan try buat dulu soalan buleh tak?
Soalan memang tak straight forward...tak semualah...tapi agak susah....kita yg tua pun kena pikir banyak kali juga untuk paham setengah soalan tu...

Udah2 la nak salahkan org lain...
Jadikan cabaran dan usaha lebih gigih lain kali...kadang2 kena belajar untuk gagal jugak sebab realiti hidup macam tu...tak semua akan berjaya sentiasa dalam hidup....mesti akan ada liku2 nya...

So please think positive sikit...
Quote munchkin 18-11-2016 07:15 PM
zaman aku dulu straight a, 3-4 orang je zaman sekolah. Realistik figure.

Sekarang ni bersepah straight a. Tapi attitude cam hapa. Tanya apa semua tak tau. Bersuap je mamanjang. Nak diketuk baru berjalan.
Quote munchkin 18-11-2016 07:16 PM
Budak sekolah yg keputusan tak baik pun dapat kerja bagus. Sebab attitude mereka. Walau tak berapa pandai tapi sikap nak belajar benda baru itu sentiasa ada.
Quote munchkin 18-11-2016 07:19 PM
mommymonster82 replied at 18-11-2016 03:26 PM
Alahai..upsr je pon..
Sampai bila asyik nak senang je...


Betul cakap mummy tu! Few frens upload kecewa ngan result anak mereka.

Yang sorang ni anak dapat straight As. Ntah berapa gambar upload dlm fb nak menunjuk nunjuk anak dia punya sukses kpd rakan lain yg keputusan anak tak brp bagus.  
Quote Aneem 18-11-2016 08:47 PM
Rasanya bukan anak2 je kena ready mental dari darjah 1..
Mak apak pun dh kena muhasabah diri sejak budak2 tu darjah 1..
Cuba terima apa sahaja keputusan anak tu..
Ucap tahniah dan bg kata2 semangat wpun anak tu tak capai apa yg kau nak..
Ni tak, kurang satu markah nak seratus pun kau punya hangin macam kena malaria tapioca..
Quote giyomi 18-11-2016 09:06 PM
semua ni tak penting, yg penting mak bapak jgn manjakan sgt anak dgn gajet2 yg melalaikan. bila keputusan merosot jgn lak nak tuding jari dan bibir kesana sini sebaliknya tanya diri sendiri di mana kesilapannya.
Quote salmon-suki 19-11-2016 12:34 AM
giyomi replied at 18-11-2016 09:06 PM
semua ni tak penting, yg penting mak bapak jgn manjakan sgt anak dgn gajet2 yg melalaikan. bila kepu ...

Setuju dgn giyomi ne...budak2 skrg taksub sgt dgn gajet2 smpaikan malas nk study,asyik "study" mobile game,video korea,kartun2...mana laa kesah sgt nak baca buku....

Tapi,kalau xbagi terus,nanti dorg ketinggalan plak,sbb skrg zaman moden,zaman it,n takut nti kena tuduh budak baru kuar gua plak ngn bebudak sekolah len kalau xtaw ape2 pasal gajet (u know,bebudak zaman skrg,lidah tajam,bajet hero,heroin )...

to me,kena ada had utk budak2 tu,let's say 1@2hours/day untuk surf tenet...utk relaxkan minda..tab@pc/fon parents kena pegang...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.096809 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top