Seorang wanita mengemukakan saman terhadap syarikat fesyen terkemuka Sepanyol, Zara selepas menemukan bangkai seekor tikus yang dijahit pada pakaiannya.
CNN melaporkan, wanita dari New York itu, Cailey Fiesel memaklumkan dia membeli dua helai pakaian dari kedai pakaian itu di Greenwich, Connecticut pada Julai lalu sebelum menyedari bau busuk ketika pertama kali memakai pakaian tersebut untuk ke tempat kerja. Difahamkan pada mulanya Fiesel menyangka pakaian tersebut bermasalah tetapi kemudian menyedari kaki bangkai tikus yang terjulur keluar antara bahagian jahitan manakala seluruh badan haiwan itu terperangkap di bawah rentasan kain. Selain itu, Fiesel mendakwa dia turut mengalami ruam yang berpunca akibat penyakit tikus seperti yang disahkan oleh doktor. Jumlah saman tidak dapat dipastikan tetapi wanita itu mendakwa pakaian terbabit menyebabkan mentalnya terganggu dan kesakitan pada bahagian fizikalnya.
Sementara itu, Zara menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari saman tersebut dan siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan. “Zara USA mempunyai peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat. Kami komited dalam memastikan kesemua produk yang dihasilkan mengikut keperluan yang ditetapkan,” jelas kenyataan itu.- CARI |
17
Bagus |
28
Marah |
13
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tripleid replied at 16-11-2016 05:29 PM
brand aje asal spain..tp kilang kat china,banglades.selayaknyalah
ADVERTISEMENT