CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 5 Perangai Lelaki Yang Buat Wanita 'Potong Stim'

16-11-2016 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6004| Komen: 7|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: www.clarapy.com
Aduhai kaum lelaki, sedar tak anda sebenarnya secara tidak sengaja telah membuat perkara-perkara di media sosial yang mendatangkan kemarahan kaum wanita!

Kasihan bagi mereka yang tidak tahu langsung mengapa kadang-kadang teman wanita anda tiba-tiba sahaja merajuk kan? Jangan risau! Kami senaraikan jawapan kepada persoalan anda itu.

Menurut Mensfitness, ada 5 kesalahan terbesar lelaki buat terhadap wanita

1. Tidak mengendahkan kewujudan wanita semasa sedang sedang sibuk 'online'
Rungutan wanita: "Saya benci dengan lelaki yang aktif bermain Facebook dan Twitter dengan rakan-rakan mereka, tapi tidak langsung mengendahkan teman wanita mereka semasa 'online'. Menunjukkan keprihatinan dan kemesraan dalam media sosial boleh membuatkan seorang teman wanita itu berasa sangat istimewa."


Penyelesaiannya: Jelaskan pada teman wanita anda tentang situasi di dalam media sosial, di mana anda mahukan perhubungan percintaan dan kemesraan antara kalian berdua tidak ditayangkan kepada umum. Disebabkan itu anda lebih senang berinteraksi bersama rakan lain, lebih daripada hanya berbicara tentang cinta di 'wall' Facebook.

Sumber Foto: www.mensfitness.com
2. Mengambil terlalu banyak 'selfie'
Rungutan wanita: "Saya benci lelaki yang tidak memakai baju dan mengambil gambar 'selfie' di Instagram. Adakah ia akan menarik perhatian saya? Semestinya jawapannya adalah tidak."

Penyelesaiannya: Anda tidak perlu memadam gambar-gambar lama,cuma selepas ini ambillah 'selfie' dengan memberitahu makna tersirat di sebalik gambar tersebut.Mungkin cerita yang boleh memberikan pengajaran dan inspirasi kepada orang lain.

3.Mendedahkan lebih banyak perkara di media sosial berbanding apa yang diberitahu pada teman wanita.
Rungutan wanita: "Saya bercakap dengan teman lelaki setiap hari, namun apa yang membuatkan saya marah apabila mendapat tahu perkara penting yang berlaku pada dirinya melalui status Facebook. Jika ada sesuatu yang seorang lelaki mahu memberitahu kepada seluruh dunia, dia sepatutnya memberitahunya dahulu kepada teman wanitanya."

Penyelesaian: Berkongsi berita penting membuatkan pasangan anda rasa dihargai. Jika tidak, ia akan membuatkan teman wanita anda berasa tertekan. Jadi jika ini terjadi, minta maaf dengan segera dan berjanji tidak akan mengulanginya semula.

Sumber Foto: Daily Express
4. Selalu memuat naik status yang menjurus ke arah perkara negatif
Rungutan wanita: "Saya benci lelaki yang selalu merungut dan menyebarkan perkara negatif di Twitter dan Facebook. Ia bukanlah tanda yang baik jika seorang lelaki asyik bersikap negatif."

Penyelesaiannya: Boleh merungut sekali sekala dengan menggunakan media sosial, tetapi jangan amalkannya. Lebihkan 'posting'tentang kegemaran anda contohnya seperti suka memanjat gunung, mana tahu anda dapat menarik perhatian wanita yang mempunyai minat yang sama kan?

5. Selalu menghilangkan diri
Rungutan wanita: "Perkara paling teruk adalah bila lelaki tidak mebalas atau memberikan respons kepada tweet atau mesej facebook anda. Sudah pastinya mereka sudah membacanya, dan tiada alasan untuk tidak membalasnya."

Penyelesaiannya: Lelaki yang tidak membalas atau memberikan respons membuatkan wanita berasa tidak dikehendaki. Jika situasi ini berlarutan, anda akan meningalkan persepsi yang negatif terhadap diri anda sendiri. Jadi tinggalkan tabiat ini segera! 

Nah, sekarang dah tahu mengapa seringkali wanita merajuk atau marah terhadap anda. Ayuh, lelaki budiman, perbaiki diri dari segala kelemahan yang ada pada diri anda, okay? -CARI

20

Bagus
18

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 16-11-2016 06:52 PM
ololo..otomei nya..ace lupakan dunia maya jap...
Quote siskepoh 16-11-2016 06:54 PM
hahaha.biarlah nk selfie ke apa ke. suami sis elok je selfie2
Quote mdhelmi 17-11-2016 08:44 AM
org kata lelaki yg asik mengadap tepon ni selalunya xproduktif
Quote capiloton 17-11-2016 11:50 AM
hek eleh, poyo giler
ni mesti jenis yang sket2 nak tag partner.
pastu meroyan sorang2 bila partner tak reply.
Quote Artemesiaa 17-11-2016 12:19 PM
Well said so guys sila ambil perhatian
Quote EncikRhoma 18-11-2016 09:42 AM
rasanya no 3 dengan 4 tu pompuan yg selalu buat. Tak pernah lagi aku nampak member fb lelaki aku buat. Selalunya pompuan yg selalu meroyan kat fb..bergaduh dengan kawan opis nak post...kena sound dengan bos nak post..mak mertua suruh basuh pinggan nak post
Quote Kelisabirupapa 19-11-2016 11:57 PM
Tak suka arrrr lelaki kentut sepah sepah. Rasa nak rodok jek vontot dia ngan kayu ! Stakat nak selfie ke nak luah perasaan kat socmed no hal lah.... But no kentut sepah sepah hokey lelaki!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053106 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top