CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sah! Lagu Syamel, "Hidup Dalam Mati" Ciplak Karya Ayai (Illusi)

9-11-2016 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33237| Komen: 159|Original author: Oleh:Myra Rozi

Sumber Foto: mStar Online

Sudah terlalu lama berdiam diri, akhirnya penyanyi Ayai (Ilusi) tampil ke hadapan mendedahkan yang melodi lagu "Hidup Dalam Mati" nyanyian Syamel (AF 2015) telah diciplak dari hasil karyanya.

Lagu berkenaan sebenarnya dihasilkan khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris yang diberi judul Ku Kejar Bayang Mu.

Menurut Ayai, "Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati  mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan."

Tambahnya lagi dia mendiamkan diri selama ini kerana mahu melihat sejauh mana pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Namun disebabkan nasihat pihak tertentu, Ayai bangkit menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta.


"Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri," luahnya kepada mStar Online.

Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin juga menyatakan yang dia tidak mahu kerjaya Syamel musnah disebabkan pendedahan ini.
Sumber Foto: FB AF
Isu ni bangkit selepas lagu Hidup Dalam Mati itu dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) dan nama Ayai jelas tertera sebagai komposer bersama sedangkan selama ini semua pihak menyangka yang karya berkenaan adalah milik Syamel.

Perkara itu terbongkar selepas lagu itu menghadapi masalah dan selepas itu barulah dia dihubungi oleh pihak DD Music Sdn Bhd milik Edry Abdul Halim.

Ayai turut kesal apabila pihak DD Music tidak berbincang dengannya dahulu sebelum ini, sebaliknya hanya menyediakan kontrak untuk mengagihkan royalti 50 peratus kepadanya.

"Sebenarnya saya memang tidak mahu besarkan perkara ini tapi saya juga tidak mahu aktiviti ciplak menjadi satu perkara yang biasa dalam industri kita."

Seharusnya isu ini perlu diambil sebagai pengajaran oleh pihak yang berkenaan dan sesaipa sahaja di luar sana.

Sebelum ada rasa mahu menciplak karya orang lain, fikir dahulu tentang halal dan haram sesuatu sumber pendapatan itu, okay?. -CARI



12

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 9-11-2016 07:08 AM
Memang dr dulu edry suka ciplak lagu kan..
Quote shernazz 9-11-2016 07:13 AM
syamel ni mmg suka senyum senget ke
Quote mokcikKSKB 9-11-2016 07:14 AM
Omai..syameel pon dua kali lima menurun perangai sifu penipu dia.
Quote EhhEtonLahh 9-11-2016 07:14 AM
edry ni selayaknya disaman jah..baru dia sedar sikit...org lain susah oayah cipta lagu, dia senang2 jah ciplak.
Quote akuMNdia 9-11-2016 07:18 AM
kecoh suruh benteras cetak rompak walhal sesama sendiri pun buat hal.
edry & ciplak berpisah teda.
tak mustahil dlm kes syamel ni mastermind dia edry.
Quote izat123 9-11-2016 07:20 AM
Lagu ni syamel claim dia cipta sendiri lah. Edry penerbit je.
Quote mieymiey 9-11-2016 07:22 AM
Kengkonon Edry yang compose tp Syamel yang ambik kredit kengkonon dia composer ker macamana? Ai tapaham
Quote spankee_fili 9-11-2016 07:29 AM
syamel dikambinghitamkan ke acaner ni?
Quote freakyskinny 9-11-2016 07:32 AM
iol speku... syarikat syamel yg suruh syamel claim lagu tu die compose..
xkan la.. penyanyi baru cam gitu konpiden nk menipu feeling buat lagu sendiri.. lg2 klu tahu lagu tu sebenarnye di cipta oleh orang lain...

edry pulak kekonon as penerbit.. tuk lepas tgn bile kantoi.. so org akan blame syamel coz composer atas name die..

gitu. klu salah.. harap maap. spekulasi saje..
Quote imransulaiman 9-11-2016 07:33 AM
Lagu versi Ayai tu ada tak? Nak dengar
Quote Tok_Batin 9-11-2016 07:36 AM
Edited by Tok_Batin at 9-11-2016 07:37 AM

Eddry atau Syamel yg ciplak?

Dalam single ditulis Pencipta Lagu & Lirik: nama Syamel bukan?
Quote meteorspeed 9-11-2016 07:37 AM
Iols dah Dgr tp mcm tak sama jer...
Quote Tok_Batin 9-11-2016 07:37 AM
Eddry sebagai orang lama, penerbit dan tahu undang-undang sepatutnya membetulkan Syamel.
Quote mrsLucky 9-11-2016 07:45 AM
Kalau nama kita ditulis sebagai penulis lirik dan tertera di offical youtube penyanyi tersebut dan lagu tersebut meletup....boleh claim tak bayaran?
Quote mrsLucky 9-11-2016 07:50 AM
Orang penat2 memerah otak buat melodi...senang jer ambil...tak halal langsung caranya...
Quote FARRAZOOL 9-11-2016 08:00 AM
Buruknya peel..trdesak nk kaut untung utk cucuk2 muka lagi ke?
Quote sepitsiput 9-11-2016 08:01 AM
benda ni meols da. sebahagian yg lain dh bincang dlm thread muzik2 sendu.... teori meols....syamel hanya ada idea utk bahagian corus....edry suka dan mintak syamel jadikan lagu tu sng sandaran utk konsert final AF di mana time tu Edry maybe nk push Syamel menang so dia minta syamel pakai nama sendiri sbg komposer sbb Sufi Rashid pun compose lagu sendiri utk final AF.

so bahagian 1st dan 2nd verse diciplak dari lagu ciptaan Ayai utk Idris di konsert akhir kilauan emas yg berlangsung beberapa bulan je sblm.wujudnya syamel dalam industri muzik melalui SueEra dan AF.  

so lagu Hidup dalam Mati bukanlah ciplak 100% tp ciplak verse nya amat ketara...
Ps: Syamel ni dari awal meols nmpak ada karekter yg, x menyenangkan....
Quote sepitsiput 9-11-2016 08:02 AM
anyway, chorus Sejati Faizal Tahir sejibik chorus Cahaya - Krisdayanti apa cerita?
Quote syadq 9-11-2016 08:04 AM
Aiyoo dah tau otak kau tak berapa nak kretip, minta je lah orang buatkan lagu. Ciplak lepas tu feeling insan seni.

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071896 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top