Seorang wanita, Hannah Azzara, semalam, bertindak memuat naik gambar anaknya cedera dipukul bekas suami di akaun Facebooknya selepas didesak rakan-rakan dan ahli keluarga.
"Sebenarnya saya tak mahu kecohkan perkara ini, tapi terpaksa lakukannya juga kerana didesak rakan dan keluarga. "Kawan yang bekerja sebagai polis pun suruh saya viralkan perkara ini, supaya dapat menarik perhatian pihak berkuasa," katanya. Menurut laporan polis, Ahsan atau nama sebenarnya Qasya Ashaari, 3, berada dalam jagaan bapanya, Ibrahim Bin Agil, pada pertengahan Oktober lalu. "Namun, pada 28 Oktober, bekas suami menghantar anak pulang dalam keadaan lebam-lebam di kening dan mata kanan, luka di batang hidung, kesan merah di kepala sebelah kiri dan telinga kiri," katanya.
Apabila ditanya, Ahsan menjawab bapanya sendiri telah memukulnya semasa dalam jagaan. Berang dengan tindakan bekas suami, Hannah membuat aduan di Balai Polis Johor Bahru Sentral pada 28 Oktober lalu, dengan harapan pihak polis segera mengambil tindakan ke atas bekas suami selain mempertimbangkan untuk merujuk kepada pihak mahkamah. "Sudah seminggu Ahsan dipukul bapanya dan saya telah membuat laporan polis. Lima hari dia dimasukkan ke hospital kerana ada darah beku dalam telinga kiri," jelas Hannah. Kecewa dengan pihak polis yang didakwanya masih belum memberi sebarang maklum balas, Hannah memutuskan untuk memuat naik kejadian itu di media sosial. Daripada perkongsian gambar di laman Facebook itu, netizen yang prihatin turut bersimpati atas nasib kejadian menimpa Ahsan itu. Mohon pihak polis segera mengambil tindakan dan memberi hukuman setimpal ke atas bekas suami Hannah yang bertindak zalim hingga menyebabkan anak kecil itu trauma. - CARI
|
22
Bagus |
15
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
22
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ronapink replied at 7-11-2016 10:33 AM
aiyooo tajuk..
anak trauma dipukul bekas suami...
krustykrab replied at 7-11-2016 11:25 AM
nak buat cemana sis, kebanyakan wartawan malay news ni bukan betul2 dari jurusan bahasa, ada tu se ...
LuLu^Lost replied at 7-11-2016 12:01 PM
20 tahun akan datang, keluar berita.... seorang ayah menunggu si anak yang tidak kunjung tiba selama ...
LuLu^Lost replied at 7-11-2016 12:01 PM
20 tahun akan datang, keluar berita.... seorang ayah menunggu si anak yang tidak kunjung tiba selama ...
ADVERTISEMENT