Tak kesampaian, hajatnya pelakon terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta mahu menyambut hari lahir anaknya, Aaishah Dhia Rana di London.
Namun, disebabkan berdepan dengan masalah cukai tertunggak mereka sekeluarga tidak dapat meneruskan perjalanan ke luar negara untuk sementara waktu. Che Ta menerusi temubual bersama Berita Harian berkata sepatutnya dia mahu meraikan hari lahir Aaishah itu di London, namun dia perlu melunaskan sejumlah besar tunggakan cukai terlebih dahulu. "Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus. "Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. "Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi," katanya.
Che Ta juga berkata dia sudah pun membuat tempahan lokasi dan juga persiapan untuk ke London yang dijadualkan bertolak pada Ahad lalu. - CARI |
18
Bagus |
17
Marah |
28
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT