Lebih meloyakan, terdapat juga ayam yang sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan dan ia ternyata tidak memenuhi standard halal ditetapkan. Kegiatan pengusaha pusat penyembelihan terbabit terbongkar dalam operasi mengejut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Cheras, Jinjang dan Chow Kit, awal pagi semalam. Ada juga pengusaha pusat itu meletakkan ayam yang siap diproses di atas lantai kotor tanpa pelapik. Difahamkan, pusat penyembelihan ayam di Cheras dikesan mampu memproses kira-kira 20,000 ekor ayam sehari, Jinjang sebanyak 4,000 ekor dan Pasar Chow Kit sebanyak 2,000 ekor. Operasi bermula jam 1 pagi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan. Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, dalam operasi mengejut ke atas empat premis itu mendapati kawasan penyembelihan dan jualan ayam tidak memenuhi kriteria kebersihan. “Pemeriksaan turut mendapati mereka menggunakan arus elektrik yang kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses. “Beberapa ayam turut ditemui sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan. Malah, mereka dikesan meletakkan ayam atas lantai yang kotor. Proses itu tidak memenuhi standard halal JAKIM,” katanya. Menurutnya, keempat-empat pusat penyembelihan berkenaan adalah untuk pasaran pengguna Islam, bagaimanapun premis berkenaan didapati tidak mempunyai sijil halal JAKIM. “Malah, ada pusat penyembelihan yang mempunyai tiga tukang sembelih tapi hanya seorang yang bertauliah,” katanya. Beliau berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri itu bagi memastikan pengusaha pusat penyembelihan ayam mematuhi standard halal ditetapkan pihaknya. Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan. Menurutnya, pengusaha pusat sembelihan yang tidak bertanggungjawab itu diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard dipatuhi dan pihaknya membuat pemantauan berterusan. “Pemantauan akan terus dilakukan di beberapa pusat penyembelihan lain terutama menjelang musim perayaan,” katanya. Beliau berkata pihaknya mendapati kelonggaran dari segi peraturan dan undang-undang sedia ada di peringkat pihak berkuasa berkaitan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyebabkan tiada kawalan boleh dilakukan ke atas tempat penyembelihan dan pasar awam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
|
8
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
airfilterkotor posted on 2-8-2013 09:05 AM
Orang melayu kalo sambut raya takdak lauk ayam, mulut buleh berbuih agaknya.
tongkatwaran75 posted on 2-8-2013 09:39 AM
Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...
tongkatwaran75 posted on 2-8-2013 09:39 AM
Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...
AILIOMLELE posted on 2-8-2013 10:15 AM
Tak de ke universiti dalam Malaysia ni yang buat kajian makanan alternatif ganti daging ayam .... in ...
ADVERTISEMENT