CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 12

[Tempatan] {6}Bakal makan bangkai waktu Hariraya jika tidak teliti!

[Copy link]
Post time 2-8-2013 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur, 2 Ogos : Seolah-olah makan bangkai. Itu dilakukan empat pusat penyembelihan ayam yang dikesan menggunakan arus elektrik berlebihan bagi mempercepatkan proses kematian ayam selepas disembelih sebelum dijual kepada orang ramai.

  Lebih meloyakan, terdapat juga ayam yang sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan dan ia ternyata tidak memenuhi standard halal ditetapkan.

  Kegiatan pengusaha pusat penyembelihan terbabit terbongkar dalam operasi mengejut Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Cheras, Jinjang dan Chow Kit, awal pagi semalam.

  Ada juga pengusaha pusat itu meletakkan ayam yang siap diproses di atas lantai kotor tanpa pelapik.

Difahamkan, pusat penyembelihan ayam di Cheras dikesan mampu memproses kira-kira 20,000 ekor ayam sehari, Jinjang sebanyak 4,000 ekor dan Pasar Chow Kit sebanyak 2,000 ekor.

  Operasi bermula jam 1 pagi itu turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan.


  Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, dalam operasi mengejut ke atas empat premis itu mendapati kawasan penyembelihan dan jualan ayam tidak memenuhi kriteria kebersihan.

  “Pemeriksaan turut mendapati mereka menggunakan arus elektrik yang kuat untuk melemahkan ayam selain tempoh pendarahan pendek sebelum memasukkan ayam ke dalam air panas untuk diproses.

  “Beberapa ayam turut ditemui sudah mati sebelum proses penyembelihan dilakukan. Malah, mereka dikesan meletakkan ayam atas lantai yang kotor. Proses itu tidak memenuhi standard halal JAKIM,” katanya.

Menurutnya, keempat-empat pusat penyembelihan berkenaan adalah untuk pasaran pengguna Islam, bagaimanapun premis berkenaan didapati tidak mempunyai sijil halal JAKIM.

  “Malah, ada pusat penyembelihan yang mempunyai tiga tukang sembelih tapi hanya seorang yang bertauliah,” katanya.    Beliau berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu sempena Aidilfitri itu bagi memastikan pengusaha pusat penyembelihan ayam mematuhi standard halal ditetapkan pihaknya.

  Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.

  Menurutnya, pengusaha pusat sembelihan yang tidak bertanggungjawab itu diberi tempoh seminggu untuk memastikan standard dipatuhi dan pihaknya membuat pemantauan berterusan.

  “Pemantauan akan terus dilakukan di beberapa pusat penyembelihan lain terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

   Beliau berkata pihaknya mendapati kelonggaran dari segi peraturan dan undang-undang sedia ada di peringkat pihak berkuasa berkaitan sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menyebabkan tiada kawalan boleh dilakukan ke atas tempat penyembelihan dan pasar awam.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02

p/s amik kisah sbb jadi darah daging...

Last edited by tongkatwaran75 on 2-8-2013 09:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2013 09:02 AM | Show all posts
`sembelih' pakai karan ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:04 AM | Show all posts
  Hakimah berkata, pengusaha terbabit diberi amaran kerana gagal mematuhi standard halal termasuk aspek penyembelihan dan pemprosesan ayam serta kebersihan.
Jangan la bagi amaran aja....cuba denda mereka ni........kalau tak denda, yg lain lak akan ambik ringan aja hal ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:05 AM | Show all posts
Orang melayu kalo sambut raya takdak lauk ayam, mulut buleh berbuih agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:06 AM | Show all posts
euww.. biar betikk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 09:39 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 2-8-2013 09:05 AM
Orang melayu kalo sambut raya takdak lauk ayam, mulut buleh berbuih agaknya.

Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2013 09:47 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 2-8-2013 09:39 AM
Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...

kan..klu hari2 biasa pn org rmai dok hdap ayam jgak..
no wonder klu time raya p'mntaan ayam lg tggi...



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 09:58 AM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 2-8-2013 09:39 AM
Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...

Statistik boleh berubah-ubah.
Mungkin lagi 30-40 tahun statistik pemakanan menunjukkan lauk utama manusia adalah McD atau Tomyam Sayur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 10:15 AM | Show all posts
Tak de ke universiti dalam Malaysia ni yang buat kajian makanan alternatif ganti daging ayam .... ini tak....asik raya jer ayam naik rege ... asik ayam naik rege jer raya ...

Tahun ni Ai tekad tanak buat serunding ayam, nak mintak owang umah buat serunding burung pulak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2013 10:43 AM | Show all posts
AILIOMLELE posted on 2-8-2013 10:15 AM
Tak de ke universiti dalam Malaysia ni yang buat kajian makanan alternatif ganti daging ayam .... in ...

apa kata ayam tukar ke belalang?
Ader bran...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:21 PM | Show all posts
Ini kes serius.  Menteri semua tido ka
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:30 PM | Show all posts
Meanwhile in Indon

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:36 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 2-8-2013 09:39 AM
Aku penah baca statistik permakanan bhw ayam merupakan
lauk utama di seluruh dunia...

betul tu.mamat tu duduk kat gua agaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.258121 second(s), 82 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list