CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tulis Pandangan Panel Bual Bicara Di Status FB, Pengacara TV Digantung Kerja

30-10-2016 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4975| Komen: 9


Pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor digantung daripada menjadi hos program itu selepas mendakwa mendapat ‘protes hebat daripada media Umno’.


Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook Rabu lalu mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.

Difahamkan Adnan sebelum itu dijemput sebagai tetamu dalam program berkenaan.

Dahlan berkata, tindakannya menyiarkan pandangan Adnan di media sosial dibantah oleh Setiausaha Bahagian Media Umno Malaysia, Datuk Ahmad Kamal Zailani.

Khamis lalu iaitu 27hb Oktober, Dahlan sekali lagi menerusi akaun Facebooknya memaklumkan pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang bertindak menggantungnya tanpa siasatan yang sewajarnya. 


sumber foto: FB Dahlan Maamor


“Protes hebat daripada media Umno oleh Dato Kamal Zailani membawa kepada tindakan DS Azman Ujang yang tak profesional dan pendedak dalam pembikinan tanpa memikirkan sumbangan saya kepada Bernama TV bertindak “menggantung saya” daripada mengacarakan program Ruang Bicara."


Menulis di Facebook dengan tajuk ‘Selamat Tinggal Ruang Bicara‘, Dahlan turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kepimpinan Bernama, tetapi mendakwa menjadi mangsa pengamal media seperti Azman.

“Menuduh saya untuk menjatuhkan saf kepimpinan di Bernama agak keterlaluan. Dan ia bukan matlamat saya. Saya bukan orang politik tapi hari ini orang sekecil saya pun menjadi mangsa orang media seperti Azman Ujang.” . - CARI

sumber foto: FB Dahlan Maamor

Loading FB Post...






29

Bagus
12

Marah
23

Terkejut
15

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbeca 30-10-2016 09:57 PM
Status fb camtu pun kena... nampak cam dia nak promot rancangan tv sendu tu jer.... kalo tak promot sapa la nak bukak chanel tu...
Quote oppol 30-10-2016 09:59 PM
http://mforum.cari.com.my/forum. ... extra=&mobile=2
Quote ballerinabiru 30-10-2016 10:09 PM
Kau like sesuatu dalam fb pun boleh kena siasat
Malaysia boleh
Quote famri7 30-10-2016 10:22 PM
Ummah yang terlampau bnyk masa free.semoga ditimpa kecelakaan.
Quote @inardni 30-10-2016 10:53 PM
Thread bukan da ada ke?
Quote pyropura 30-10-2016 11:25 PM
@inardni replied at 30-10-2016 10:53 PM
Thread bukan da ada ke?

Yupp, dah dekat 2 minggu dulu dah ada tred nih... really annoying lah reporter Cari, dok sumbat bende2 basi aje, bukan sekali dua, berkali2     :  :    
Quote @inardni 30-10-2016 11:46 PM
pyropura replied at 30-10-2016 11:25 PM
Yupp, dah dekat 2 minggu dulu dah ada tred nih... really annoying lah reporter Cari, dok sumbat be ...

Tu la...wartawan Cari xde modal ke?ke baru kuar gua   
Sorry
Quote batmana 31-10-2016 12:38 AM
bos taip nama smpai salah
mgkin dia takut smpai nk terberak masa menaip.

Quote ultra78 31-10-2016 12:44 AM
Sah ke surat tu kalau nama pun salah?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.054836 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top