Cerewetnya anak-anak dalam memilih makanan! Mesti ibu bapa yang berdepan dengan dilema ini berasa runsing kan? Lagi-lagi anak yang susah sangat nak minum susu padahal ia merupakan sumber nutrisi yang lengkap. Kandungan zat dalam susu termasuklah protein, fosforus, vitamin A dan vitamin D adalah sangat penting untuk perkembangan tumbesaran kanak-kanak. Jadi, macam mana pula nak buat kalau mereka menolak minum susu? Jangan risau, sebab cara kreatif ini akan membantu anda untuk menggunakan susu dalam menyediakan hidangan kepada kanak-kanak. 1. Buat susu kocak yang berperisa coklat, strawberi atau apa sahaja perisa yang digemari anak-anak anda. Boleh juga tambahkan buah-buahan seperti pisang ke dalamnya, pasti lagi sedap. 2. Sediakan hidangan yang manis dan berasaskan susu untuk menarik minat anak-anak anda mencuba sesuatu yang baru seperti puding kastard. 3. Selain untuk diminum, boleh juga campurkan susu dengan bijirin sarapan pagi seperti oat, empingan jagung dam macam-macam lagi. 4.Cicahkan biskut kegemaran mereka bersama susu, cara ini secara automatik akan membuatkan anak anda suka dengan susu. 5. Ceritakan setiap hari kepada anak-anak tentang kebaikan susu supaya mereka sedar akan khasiatnya. Lagi bagus sekiranya ibu bapa dapat melibatkan sekali anak-anak dalam proses pembuatan hidangan tersebut, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah dapat merangsang otak si manja, betul kan? -CARI |
19
Bagus |
19
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT