Sekadar melarang anak anda daripada bercakap dengan orang yang tak dikenali adalah tidak mencukupi. Bukan semua orang berniat jahat tidak dikenali dan kadang-kadang, kanak-kanak tidak perlu didekati untuk dimanipulasi.
7 tips ini boleh membantu anak anda dalam keadaan bahaya. Ini termasuklah jika mereka diekori dengan kereta dan berada dalam keadaan bahaya ketika ketiadaan polis di sekeliling. 1. Suruh anak anda untuk memukul, meronta, menjerit dan membuat kecoh jika seseorang tak dikenali cuba untuk mendekati mereka. 2. Suruh anak anda cari seorang wanita dengan kanak-kanak (atau sebuah keluarga) jika mereka sesat dan berasa tidak selamat.
3. Suruh anak anda, berlari ke arah bertentangan jika mereka rasa seperti diekori kereta tak dikenali. Ini boleh memberi mereka sedikit masa untuk melarikan diri semasa kereta itu cuba membuat pusingan. 4. Suruh anak anda beritahu anda jika seseorang menyentuh mereka dan menyuruh mereka merahsiakannya daripada orang lain. 5. Jangan biarkan orang tak dikenali tahu nama anak anda dengan meninggalkan tanda nama pada seluruh badan anak anda. Anak anda akan berasa selesa dengan orang yang mengetahui nama mereka. 6. Cipta satu kod rahsia dengan anak anda. Ajar mereka bagaimana dan bila perlu digunakan kata rahsia itu terutama ketika mereka jauh dari anda dan dalam keadaan tak selamat. Bila anda dengar anak anda guna kod rahsia itu, anda perlu bergegas dapatkan anak anda. 7. Kadang-kadang, kita melihat kanak-kanak mengamuk dan meronta-ronta dalam pegangan ibu bapa mereka. Jadi, ajarkan anak anda untuk jerit perkataan yang boleh memberi amaran kepada orang sekeliling. Contohnya menjerit "Bukan ibu saya!" ketika dipegang orang tak dikenali. Ini sudah pasti akan menarik perhatian orang ramai. Sediakan payung sebelum hujan. Mana tahu suatu hari nanti anak kita pula menjadi sasaran penjahat. Anda ada idea lain untuk dikongsi bersama? - CARI
|
28
Bagus |
24
Marah |
22
Terkejut |
25
Sedih |
20
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT