Sebelum ini hubungan antara Rihanna dan bekas-bekas teman lelakinya tidak ada satu pun yang pernah berjaya atau dapat bertahan lama. Kebanyakan dari bekas teman lelakinya pasti seseorang yang selalu dilanda isu dan kontroversi dan sentiasa meletakkan Rihanna dalam situasi yang sukar untuk berdepan dengan segala kerenah mereka. Dilema ini menyebabkan Rihanna telah meluahkan perasaan baru-baru ini dengan mengatakan punca kegagagalan bercinta semua datang dari bekas-bekas teman lelakinya termasuk Chris Brown, Matt Kemp dan Learnardo Dicaprio dan bukan salah dirinya. “Kalau anda lihat tiada seorang pun daripada bekas teman lelaki saya yang kini berkahwin dan mempunyai hubungan baharu yang bahagia. Jadi anda boleh nilai sendiri bahawa kalau pun saya gagal mempertahankan hubungan dengan mereka, saya bukanlah pencetus masalah antara kami," dipetik dari kenyataan Rihanna di laman sosial.
Walaupun sudah lama melupakan bekas-bekas teman lelakinya itu, Rihanna masih tetap bermain teka-teki tentang siapa yang sudah mencuri hatinya sekarang ini. Terbaru dia digosipkan dengan Drake tetapi mengakui yang dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan sangat tentang hubungan tersebut. Rihanna lebih selesa mengenalkan Drake sebagai sahabat baiknya sahaja walaupun Drake sendiri telah mengakui yang dia sudah lama mencintai wanita tersebut.-CARI
|
22
Bagus |
28
Marah |
12
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT