CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jambatan Kuning Di Bali Runtuh, Lebih 10 Orang Maut!

17-10-2016 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5241| Komen: 6

Susulan lebih muatan, jambatan gantung yang menghubungkan Pulau Nusa Ceningan dan Nusa Penida iaitu pulau-pulau kecil di sekitar Bali dikatakan terputus dan roboh sehingga mengakibatkan lebih 10 orang maut manakala 30 orang disahkan cedera parah.


Menurut  Ketua Pusat Data, Informasi Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, kejadian itu berlaku kira-kira 7 malam kelmarin dan ketika itu ramai penduduk sibuk melintasi jambatan tersebut.

"Berdasarkan laporan awal, semua korban adalah masyarakat tempatan, tidak ada warga asing." 

Difahamkan pada masa itu penduduk tempatan yang melintasi jambatan itu sedang melakukan upacara keagamaan di Pura Bakung Ceningan bagi menyambut Hari Nyepi Segara dan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti laut.

Operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 8 malam tadi kerana keadaan gelap dan disambung semula 6 pagi ini namun setakat ini sebanyak sembilan mayat telah ditemukan, tambah Sutopo Purwo.


34 mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat berhampiran.

Menurut seorang saksi ketika kejadian jambatan tersebut kelihatan bergoyang-goyang sebelum kabel penggantungnya terputus. 

Titi kayu jambatan yang dibina pada tahun 1990-an itu sebelum ini dikatakan mengalami kerosakan dan penduduk tempatan telah meletakkan papan tanda amaran mengenai kerosakan itu.- CARI

sumber foto: www.thesun.co.uk
sumber foto: www.thesun.co.uk
sumber foto: www.thesun.co.uk

16

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
23

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-10-2016 03:03 PM
nyepi segara tu mcmne?
Quote sueburn 19-10-2016 12:58 AM
Takziah pada yg terlibat
Quote ronapink 19-10-2016 06:05 PM
dah ada amarann rosak..

masih nak guna lagi

memang dungu la..
Quote dizzzek 19-10-2016 06:06 PM
takziah...
Quote hanasensei 19-10-2016 10:48 PM
chinta89 replied at 17-10-2016 03:03 PM
nyepi segara tu mcmne?

Pernah gi bali..hari nyepi tu sbarang aktiviti x dibenarkn..klau yg ada kluar kt jln nnti kna tgkap. Kereta ambulns pun x dbenarkn rsanya. B4 tu kiri knan jln dorg wat perarakn patung2 dewa.. nsib baik msa aku pergi tu msa nk blik esoknya  bru hari nyepi.. tp start pkul 4 ptg smua aktiviti  dberhentikn..
Quote chinta89 20-10-2016 11:24 AM
hanasensei replied at 19-10-2016 10:48 PM
Pernah gi bali..hari nyepi tu sbarang aktiviti x dibenarkn..klau yg ada kluar kt jln nnti kna tgka ...

sampai mcm tu sekali??? xtvt breti serta merta..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.156798 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top