Kuala Terengganu, 29 Julai : Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di mata dan paha kanan akibat terkena mercun bola yang sengaja dibaling dua remaja dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut pada Rabu lalu. Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, kakak mangsa berusia tujuh tahun cedera di kedua-dua tangan dan kaki selepas menjadi mangsa gurauan terlampau dua remaja yang juga jiran sekampung. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika dua mangsa serta dua abangnya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka sebelum dihampiri dua remaja menaiki motosikal. Katanya, secara tiba-tiba, pemboncengnya menyalakan mercun bola dan membalingkan ke arah empat beradik yang tidak berdosa itu. “Walaupun mungkin berniat bergurau, perbuatan dua suspek berusia 17 tahun dan masih bersekolah itu menyebabkan dua daripada empat beradik itu cedera akibat terkena percikan mercun berkenaan. “Kejadian itu menyebabkan mangsa pertama yang cedera parah di mata dan paha kanan terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, untuk rawatan susulan. “Keadaan dua beradik itu bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam. Manoharan berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa dua anaknya. Katanya, pihaknya sedang memburu dua suspek yang melarikan diri sejurus kejadian berkenaan. “Identiti mereka sudah dikenal pasti dan yakin akan ditahan dalam masa terdekat. “Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
|
Pelajar diburu baling mercun cederakan dua beradik
1:12AM Jul 29 2013
Polis kini memburu dua pelajar tingkatan lima di Besut kerana disyaki membaling mercun kepada dua kanak-kanak di kampung Gong Manok, Besut Rabu lepas.
Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.
"embonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu...mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu.
"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.
- Bernama
ren0_0 posted on 29-7-2013 09:35 AM
bergurau aku rasa. mungkin aim suka tengok bebudak tu menjerit terkejut tapi gurauan sendiri bawa pa ...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika dua mangsa serta dua abangnya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka sebelum dihampiri dua remaja menaiki motosikal.
Katanya, secara tiba-tiba, pemboncengnya menyalakan mercun bola dan membalingkan ke arah empat beradik yang tidak berdosa itu.
“Walaupun mungkin berniat bergurau, perbuatan dua suspek berusia 17 tahun dan masih bersekolah itu menyebabkan dua daripada empat beradik itu cedera akibat terkena percikan mercun berkenaan.
ren0_0 posted on 29-7-2013 09:35 AM
bergurau aku rasa. mungkin aim suka tengok bebudak tu menjerit terkejut tapi gurauan sendiri bawa pa ...
ADVERTISEMENT