View: 7818|Reply: 77
|
[Tempatan]
{11}Baling mercun bola di muka: Gurauan bawa padah !
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu, 29 Julai : Dua beradik termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di mata dan paha kanan akibat terkena mercun bola yang sengaja dibaling dua remaja dalam kejadian di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut pada Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, kakak mangsa berusia tujuh tahun cedera di kedua-dua tangan dan kaki selepas menjadi mangsa gurauan terlampau dua remaja yang juga jiran sekampung.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika dua mangsa serta dua abangnya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka sebelum dihampiri dua remaja menaiki motosikal.
Katanya, secara tiba-tiba, pemboncengnya menyalakan mercun bola dan membalingkan ke arah empat beradik yang tidak berdosa itu.
“Walaupun mungkin berniat bergurau, perbuatan dua suspek berusia 17 tahun dan masih bersekolah itu menyebabkan dua daripada empat beradik itu cedera akibat terkena percikan mercun berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa pertama yang cedera parah di mata dan paha kanan terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, untuk rawatan susulan.
“Keadaan dua beradik itu bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.
Manoharan berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengambil keputusan membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa dua anaknya.
Katanya, pihaknya sedang memburu dua suspek yang melarikan diri sejurus kejadian berkenaan.
“Identiti mereka sudah dikenal pasti dan yakin akan ditahan dalam masa terdekat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
p/s remaja 17 thn gurau mende...dah cukup besar akibatnya...tambahan yg di baling tu budak kecil 3-7 thn...kes buli la nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni la dia gelagat kegiatan masyarakat kambodia-cham mengaku melayu asley jatey
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada otak punya remaja, buat menganiaya budak kecik aje... elok ditangkap aje remaja mcm tu, biar dia merasa dok dlm lokap.. |
|
|
|
|
|
|
|
hurm.. gurau x kena tempat.. sian siblings 2 |
|
|
|
|
|
|
|
bergurau aku rasa. mungkin aim suka tengok bebudak tu menjerit terkejut tapi gurauan sendiri bawa padah. padan muka. harap-harap emak mangsa saman je bebudak remaja ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar diburu baling mercun cederakan dua beradik
1:12AM Jul 29 2013
Polis kini memburu dua pelajar tingkatan lima di Besut kerana disyaki membaling mercun kepada dua kanak-kanak di kampung Gong Manok, Besut Rabu lepas.
Kejadian pada pukul 9.20 malam itu menyebabkan dua beradik berusia tiga dan tujuh tahun itu cedera di bahagian mata, paha dan kaki kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manohanaran berkata dua pelajar yang menaiki motosikal membaling mercun itu ketika dua beradik berkenaan bersama dua lagi abang mereka bermain basikal di halaman rumah mereka.
"embonceng motosikal terbabit menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik itu...mercun itu jatuh berhampiran kedua kanak-kanak itu.
"Kami sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu dan mereka dipercayai tinggal sekampung dengan mangsa. Gerakan memburu sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Manoharan berkata kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun cedera parah di bahagian mata kanan dan paha manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera di kaki kanan.
Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan keadaan mereka dilapor stabil, katanya.
- Bernama
kepelekang luar batasang orang2 besut... Last edited by namirulmukminin on 29-7-2013 09:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ren0_0 posted on 29-7-2013 09:35 AM
bergurau aku rasa. mungkin aim suka tengok bebudak tu menjerit terkejut tapi gurauan sendiri bawa pa ...
aku setuju saman...............saman smpi terduduk family budak2 tu merempat
|
|
|
|
|
|
|
|
yg pelik2 mcm org giler mesti dari ganu............. |
|
|
|
|
|
|
|
bergurau??
kalau nak lebih kelakar harus tekapkan mercun bola tu dimuka sendiri
baru rasa funny gila..
bodoh nak mampos.. dah 17 tahun akai takdak.
|
|
|
|
|
|
|
|
x pasal22..kan dah naya bdk kecik tue..kasik penjara jea..biar insap sikit |
|
|
|
|
|
|
|
gurau2 monyet apa..
x der makna gurau senda kalau smpai mencederakan org
mmg patut pun buat polis repot..
|
|
|
|
|
|
|
|
bod*h betul umur dah 17 tahun otak letak kat lutut...... tak pasal2 menyusahkan org lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 skg otak letak kat lutut. xpasal2 beraya dlm lokap. x pasal2 menyusahkan fmly |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku ketika dua mangsa serta dua abangnya sedang bermain basikal di halaman rumah mereka sebelum dihampiri dua remaja menaiki motosikal.
Katanya, secara tiba-tiba, pemboncengnya menyalakan mercun bola dan membalingkan ke arah empat beradik yang tidak berdosa itu.
“Walaupun mungkin berniat bergurau, perbuatan dua suspek berusia 17 tahun dan masih bersekolah itu menyebabkan dua daripada empat beradik itu cedera akibat terkena percikan mercun berkenaan.
nak harom. sial sangat bangsat 2 ekor tu.
yg sotkabar pon political correctness tak kene tempat. tulis jer lah "anak haram" or "bangsat".
bergurau?
wadefak punya gurau is this? apa kata bergurau pegi letupkan mercun tu dlm lobang dubur si budak 17 tahun tu?
its nothing more than perlakuan bullying dari bangsat masarakat. sial amat.
|
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan posted on 29-7-2013 09:37 AM
yg pelik2 mcm org giler mesti dari ganu.............
ini amat betul. yang pelik dan top musti dari penyu.
|
|
|
|
|
|
|
|
simpati dengan budak2 tu...
x pasal2 dok hospital...x dapat bayangkan....mercun bola tu dahla kuat....
|
|
|
|
|
|
|
|
aku sendiri pernah kena baling mercun ngan budak2 nakal time kecik2 dulu, tgh naik basikal tiba2 kena baling mercun abes tergolek n luka sikit.. bila confront balik depan mak dia x mengaku dan buat muka innocent gila.. mak dia pon defend dia kata anak dia baik.. since x de bukti aku just bagi warning je
insaflah peniaga mercun sekalian, barang yg anda jual telah mengakibatkan ramai budak yang putus jari, buta mata, melecur sana sini.. semata-mata anda nk buat duit cepat.. |
|
|
|
|
|
|
|
ren0_0 posted on 29-7-2013 09:35 AM
bergurau aku rasa. mungkin aim suka tengok bebudak tu menjerit terkejut tapi gurauan sendiri bawa pa ...
kalo dorg guna mercun bawang or mercun papan aku leh terima lagi alasan nak bergurau,nih mercun bola kot.....reputasi mercun bola nih antara yg paling tinggi kekuatannya selain mercun ketupat.......nih memang bodoh nak mampus nih guna mercun bola baling dekat org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mercun bola tu meletup jauh2 pun tapi dengar kuat pun saya menyumpah si pelaku tu dalam hati. Dua orang remaja tu macam terencat akal ke? Dah lah mercun bola tu saya rasa macam bukan mercun tapi bom. |
|
|
|
|
|
|
|
masa tahun baru cina ka atau depavali ka...takde la dengar sangat cedera parah dan mati masa main mercun...sebab diorang main mercun bunga api stok riban-riban sekali bakar.....
ni ummah mulayu main mecun bola cikai ramai yg cedera parah...
memang haramjadah la sape yg menyeledup, yg menjual dan yg membeli mercun2 ni..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|