CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan Bronok, Nampak Menggelikan Tapi Pasti 'Seronok'

14-10-2016 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9226| Komen: 23

Sumber: adahsyafiah.blogspot.my


Kita semua mesti pernah makan kerabu dan biasanya yang mudah didapati adalah kerabu mangga, kerabu kaki ayam,kerabu ulam-ulaman, tapi kali ini apa kata kita tukar selera sikit dengan mencuba Kerabu Bronok.

Dengar nama sahaja sudah pelik bukan?  Buat pengetahuan, Bronok adalah spesies hidupan laut dan bagi mereka yang gemarkan cabaran boleh cuba makan hidangan ini.

Rupa Bronok seakan-akan gamat atau timun laut yang hidup di kawasan pantai berselut di Langkawi. Ia boleh didapati menggunakan dua cara iaitu dengan menyelam dan menggunakan bot atau sampan di tengah lautan.

 

Sumber: auntummawar.blogspot.my

Teksturnya licin dan berwarna hitam kalau sudah tua dan merah jambu jika masih muda. Bagi sesetengah orang melihat fizikal Bronok sahaja sudah cukup menggelikan kerana sekali pandang nampak macam seekor lintah gergasi. 

Namun tidak bagi penduduk di negeri kelahiran Mahsuri ini kerana ia adalah antara hidangan wajib untuk disediakan ketika majlis kenduri-kendara.

Senang sahaja nak buat kerabu ini, apa yang penting adalah bersihkan Bronok dahulu dan kemudian gaulkan dengan sambal kelapa, bawang, cili, lengkuas dan kerisik serta daun gajus yang siap diracik. 

Sumber: Astroawani.com
Tambahan pula ianya akan menjadi lebih enak jika dimakan bersama-sama nasi putih yang panas beserta lauk-pauk.

Bagi mereka yang berkunjung ke Langkawi tidah sah sekiranya tidak mencuba makanan eksotik ini kerana ianya senang didapati di kebanyakan kedai makan di sana. Rasanya agak masin dan isinya kenyal pasti membuka selera anda! -CARI
22

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
17

Sedih
25

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 14-10-2016 10:25 AM
Eksotik..hmmm
Quote kumi9609 14-10-2016 10:45 AM
uhhhhh
Quote notyghosty 14-10-2016 10:48 AM
hurmmmmmm
Quote Youngest_Aiyu 14-10-2016 01:19 PM
tak pernah mkn lg .
Quote mdhelmi 14-10-2016 02:56 PM
ape lagi komersialkan la
Quote Inezkhalidi 14-10-2016 03:11 PM
Takde sesiapa yang pernah makan ke? Rasa dia macamana eh?
Quote jlo 14-10-2016 03:13 PM
bole cuba ni
Quote hanisbunny 15-10-2016 07:00 AM
wlu mcm mane bgs pon untk kesihatan, iolss still xbleh hadam...huhuhuhu
Quote LuLu^Lost 15-10-2016 05:31 PM
Pernah keluar tv bronok ni. Diorg buat kerabu. Rasanya kenyal2. Kata pengacara tu la. Mcm sotong kangkung tu kot. Tak silap xde bau apa yg pelik2. Mcm best je.
Quote meya 16-10-2016 08:02 PM
Saya pernah makan kerabu bronok ni dengan tidak sengaja.  Ingatkan kerabu apa bila kunyah  liat dan takde rasa apa pun.

Bila tanya rupanya kerabu bronok.  Takdelah teruk mana pun ok aje.
Quote meya 16-10-2016 08:02 PM
Saya pernah makan kerabu bronok ni dengan tidak sengaja.  Ingatkan kerabu apa bila kunyah  liat dan takde rasa apa pun.

Bila tanya rupanya kerabu bronok.  Takdelah teruk mana pun ok aje.
Quote Lollipop111 17-10-2016 01:44 PM
takperlah, sy pilih kerabu ayam klu ad...
Quote nut.legacy 18-10-2016 10:06 AM
rupa bentuk dia pn xde la menggelikan ... so ok la nk try nanti
Quote senduhazab 18-10-2016 03:34 PM
kalau dah siap jadi kerabu ok jer rupanya

cuma kalau nak suruh siang sendiri tu.....huuuurrrmmmmmm
Quote sueburn 5-11-2016 01:55 PM
Cemane le rasenye ek.. klu nak try mmg x la..
Quote ihtisyam1 9-11-2016 05:17 PM
buat sebiji sebiji cam tu ke atau boleh potong..... kalau potong lebih berselera kot..... makan telo penyu pun tak pernah huhuhu
Quote drivethru 9-11-2016 06:49 PM
Mane satu kepala, mane satu ekor?
Quote MissVixen 10-11-2016 06:52 PM
Dekat selangor, ada yang jual dah siap buat kerabu?
Quote Daisyna 16-11-2016 05:53 PM
liat mcm mkn gerah je,x rasa apa pun huhuhuhu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.131858 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top