Sepasang suami isteri Carole-Ann, 71, dan Jim Stanfield, 74, telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan memakai baju yang sama mereka pakai pada 50 tahun yang lalu! Pasangan yang berasal dari Staffordshire ini teruja kerana mereka tidak menyangka sambutan kali ini amat berbeza dan unik. Kisah di sebalik peristiwa menarik ini apabila cucu perempuannya, Hayley dengan tidak sengaja terjumpa pakaian yang telah lama disimpan itu di stor ketika mencari beberapa keping gambar lama keluarganya. Dia kemudiannya merayu kepada pasangan tersebut untuk mencubanya lagi. Paling kagum dan mengejutkan ialah gaun perempuan dan sut lelaki tersebut masih seperti dalam keadaan yang sangat baik sebagaimana dipakai pada hari perkahwinan mereka pada 1 October 1966.
Memetik kata-kata Carole-Ann kepada Daily Mail, "Tetamu yang hadir semuanya terkejut namun masih lagi memuji pakaian tersebut. Kami sebenarnya memiliki minat dan hobi yang berlainan tapi gelak ketawalah yang menjadikan ikatan yang terbina kekal utuh." Pasangan yang kini memiliki 2 anak dan 6 cucu ini dikhabarkan mahu berbulan madu di Turki dan untuk meraikan ulang tahun tersebut, Carole-Ann and Jim telah menambah 'dua hati' di atas cincin mereka yang diperbuat daripada jenis emas yang sangat berharga. Jim yang pernah berkerja dengan Jaguar berkata, "Ianya sesuatu yang sangat mengagumkan bila memikirkan emas yang begitu berharga yang selama ini tertanam ribuan tahun berjaya dijumpai dan digunakan untuk membuat cincin perkahwinan kami." Tambah Jim lagi, "Zaman sekarang semuanya berpacaran melalui Internet, dan kalau ianya ada pada zaman dahulu, pasti saya tidak akan menemui Carole-Ann kerana minat kami amat berbeza. Namun kami amat menghormati satu sama lain, dan selalu ketawa bersama." Carole-Ann menyatakan yang dia sangat menyukai jenaka yang selalu Jim gunakan untuk mengusiknya, manakala Jim pula menyukai rambut besar berwarna 'blonde' isterinya itu. -CARI |
27
Bagus |
31
Marah |
31
Terkejut |
29
Sedih |
39
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT