Semua lelaki mahu memiliki perempuan yang sempurna di sisinya. Namun, adakah anda sedar bahawa terdapat sikap perempuan yang sering membuat lelaki merasa meluat dan menyampah terhadap mereka.
Apakah sikap itu? 1. Kuat membebel Lelaki teramatlah tidak menggemari apabila kerap dileteri. Ada sahaja yang tidak kena padanya. Kalau lelaki jenis yang tidak penyabar, mereka memang mudah naik rimas dan cepat bosan. 2. Terhegeh-hegeh bersiap Lelaki ni kalau dia cakap dia nak jemput kita pukul 5, pukul 5 dia sudah 'terpacak' didepan rumah kita. Malangnya, kebanyakan perempuan mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap dan ini sememangnya menguji kesabaran lelaki.
3. Ber'diet' Kadang-kadang bosan juga melihat perempuan yang terlalu jaga badan sampai tak makan hanya kerana mahu jaga badan. Lelaki akan mudah merasa jengkel dengan sikap ini kerana bagi mereka, perempuan yang tak makan ni tidak pandai menjaga diri mereka sendiri. 4. 'High maintenance' Yang ini satu lagi. Lelaki tak suka dengan perempuan yang high maintenance kerana kehendak mereka sukar dipuaskan dan ingin diberi perhatian 24jam. Jika acapkali begini, bila pula lelaki nak dapat perhatian dari anda? 5. Boros Bagi lelaki, mereka tak faham kenapa perempuan sanggup berhabis duit hanya untuk pakaian dan benda yang tak diperlukan. Sikap ini akan membuat anda kelihatan seperti tidak pandai berdikari dan menjaga diri. Yalah, kalau beli 'handbag' sampai dekat sepuluh, yang pakainya hanya dua tiga sahaja. Lelaki beli 'wallet' sekali sahaja dan dia akan tukar hanya bila ia sudah sudah lunyai. Nampak kan di situ yang lelaki ni pndai jaga barang mereka. 6. Merajuk tak tentu hala Siapa sahaja yang suka bila orang 'sentap' dengan kita tapi kita tak tahu apa salah kita. Lelaki paling menyampah kalau nak main teka-teka ni. Tak perlu bagi kata-kata kiasan sebab mereka bukan tak faham, tapi kadang-kadang tu malas nak memahami. 7. Mekap tebal Kebanyakan perempuan suka pakai mekap tebal sehinggakan jauh berbeza dengan wajah sebenar. Kadang-kadang macam muka opera Cina pula. Lelaki lebih suka perempuan dengan kecantikan semula jadi berbanding kecantikan plastik. |
22
Bagus |
16
Marah |
14
Terkejut |
15
Sedih |
16
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dani_5353 replied at 17-10-2016 03:07 PM
Kena + lagi 1
buang air kecil terlalu lama..
ADVERTISEMENT