CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tentera Israel Tawan Kapal Aktivis Malaysia Menuju Gaza

6-10-2016 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8571| Komen: 139

Kemaskini 11.30 pagi

Perkembangan terbaru, memetik laporan Astro Awani kesemuanya 13 anak kapal dan anggota misi kemanusiaan Women's Boat To Gaza (WBG) kini dalam keadaan selamat. 


Ia disahkan oleh Pengerusi MyCARE, Prof Masya Dr Hafidzi Mohd Noor melalui satu sidang media tadi. 

Dr Fauziah Mohd Hasan adalah wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan itu. - CARI 



sumber foto: Facebook/Rose2Rose

Berita yang amat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia!

Memetik laporan Bernama, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dalam satu kenyataan mengesahkan tentera Israel telah menahan kapal layar, Zaytouna-Olivia, bersama tiga anak kapal dan 10 aktivis wanita termasuk wakil tunggal Malaysia, Dr Fauziah Mohd Hassan, dalam misi “Women's Boat To Gaza” (WBG), malam tadi.


Difahamkan ketika itu, Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG itu mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza setelah laluan darat ke negara yang dizalimi itu dikepung dan laluan masuk dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah, turut ditutup.

Menurut kenyataan juga, kapal yang dalam perjalanan menuju ke Gaza itu ditahan pada pukul 2.58 petang waktu tempatan atau 8.58 malam waktu Malaysia dan dijangka akan ditunda oleh tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod.

Selain Malaysia, delegasi wanita tersebut turut disertai negara lain, antaranya Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pelayaran WDB bermula pada 8 malam, 14 September (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 September sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

Justeru, MyCare akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu hari ini.

Berikut adalah video yang dimuat naik di laman You Tube dengan bertajuk 'Dr. Fauziah Hasan, Malaysia' yang memaparkan beliau memohon semua pemimpin dunia mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membebaskan mereka daripada tahanan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak berlandaskan undang-undang antarabangsa.- CARI



7

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
18

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 6-10-2016 07:07 AM
Nanti bolehlah kau buat talk pasal kau kena tahan tue merata2 lepas kau dah bebas yea
Quote zidane_ziege 6-10-2016 07:13 AM
tak faham apa point misi ni..dh memang tahu akan kena tangkap so kenapa buat jugak? lps tu suruh org bebaskan pulak..alang2 dh kena tangkap ambik la pengalaman duduk lama sikit dlm penjara yisroel tu..
Quote MissNigga 6-10-2016 07:13 AM
Bedah.Cun replied at 6-10-2016 07:07 AM
Nanti bolehlah kau buat talk pasal kau kena tahan tue merata2 lepas kau dah bebas yea

buat filem ...
Quote oppol 6-10-2016 07:21 AM
Saja sumbat kepala sendiri dalam mulut T-rex..
Quote OmJualGas 6-10-2016 07:28 AM
Edited by OmJualGas at 6-10-2016 07:40 AM

Edisi minta puji ka ni...
Quote shida81 6-10-2016 07:30 AM
Ak rase niat dowang nk attention dunia psal issue Israel Palestine ni...  Tu yg g sana kn tangkap... Dptla attention....  Niat da Baik.... Tp salah kot cara tuh
Quote dizzzek 6-10-2016 07:36 AM
apasal masuk kawasan larangan?
Quote ultra78 6-10-2016 07:39 AM
Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan israel. Nak berunding mcm mana? Negara lain tu at least ada juga hubungan rasmi.
Quote she 6-10-2016 07:59 AM
Hmmmmm gigih lah nk p

Nak jadi heroin kah
Quote Zep 6-10-2016 08:08 AM
Cash lah sis. banyak lagi aktiviti kemanusiaan kau boleh buat dalam Malaysia ni yang pegi carik nahas tu apahal.
Quote fishcracker 6-10-2016 08:09 AM
charity begins at home....
Quote Decaffeinated 6-10-2016 08:47 AM
You asked for it....

Quote sarahmirza 6-10-2016 08:55 AM
Ramai gelandangan kat Msia ni... tolong yang dekat2 dulu tak boleh ke?
Oppssttt....
Quote mystica 6-10-2016 09:06 AM
Aku doakan semua selamat. Apa yg dorang buat ni sungguh berani dan mulia.
Quote delsmomm 6-10-2016 09:09 AM
yisroel lahanat..

moga2 dibebaskan dengan selamat & whatever misi yg korang bawak tertunai..
Quote gaara_X 6-10-2016 09:21 AM
ermmmm....boleh tengok mana pemimpin yang betul² dambakan keamanan....
Quote kenarikelabu 6-10-2016 09:28 AM
Awal2 mmg dah tahu risiko pegi sana kan...
Quote HazeLJoseph 6-10-2016 09:32 AM
Aku ni tak belah mana2 dlm isu palestine dan israel,dulu2 ramai tekankan ttg agama.Tapi bila aku bnyk membaca lebih kepada politikal isu dan hal kumpulan2 tertentu.Jadi aku blur.Dari sgi kemanusiaan mmg aku mengutuk sekeras2 nya pembataian manusia,tapi gitu lah.. bila jadi gini,nak point mana pon xtahu kalau kau dituduh menceroboh, (betulkan aku jika aku silap)
Quote HazeLJoseph 6-10-2016 09:32 AM
Aku ni tak belah mana2 dlm isu palestine dan israel,dulu2 ramai tekankan ttg agama.Tapi bila aku bnyk membaca lebih kepada politikal isu dan hal kumpulan2 tertentu.Jadi aku blur.Dari sgi kemanusiaan mmg aku mengutuk sekeras2 nya pembataian manusia,tapi gitu lah.. bila jadi gini,nak point mana pon xtahu kalau kau dituduh menceroboh, (betulkan aku jika aku silap)

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070899 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top