CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tindakan Ibu Ini Harus Dipuji, Botakkan Kepala Anaknya Yang Membuli Pesakit Kanser

5-10-2016 06:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5595| Komen: 15|Original author: Oleh : Dean BZ



Kebanyakan ibu bapa zaman sekarang dilihat lebih gemar membela anak-anak walaupun tahu anak mereka telah melakukan kesalahan. 

Lihat sahaja banyak kes yang berlaku disekolah, guru-guru pula dipersalahkan atas kesalahan anak terutamanya melibatkan kes buli atau pergaduhan.

Akibatnya, pelajar sekolah yang sememangnya bermasalah menjadi lebih berani mengulangi perbuatan nakal kerana adanya ibu bapa yang bersikap seperti ini. Pendek kata, ibu bapa seperti ini tidak akan pernah percaya anak mereka melakukan kesalahan kerana mungkin dimata mereka, anaknya sangat baik.

Bagaimana pun, sikap seorang ibu ini wajar dijadikan teladan buat semua atas ketegasannya mendidik anaknya. Gara-gara marah dengan tindakan anaknya yang membuli seorang pesakit kanser yang botak, seorang ibu telah menghukum anaknya dengan membotakkan rambut anakknya itu, lapor DailyMail.

Video yang memaparkan seorang gadis sedang menangis ketika rambutnya dipotong menggunakan mesin oleh ibunya dipercayai berlaku di Portugal.


Rakaman ini menjadi viral dengan tajuk "Mother shaves daughters hair after she 'bullies cancer girl" di mana dia dipercayai telah membuli seorang pelajar perempuan penghidap kanser di sekolahnya.

Selepas menonton video berdurasi 38 saat itu, rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil oleh ibu perempuan nakal itu. Tidak kurang juga yang mengatakan tindakan itu agak keterlaluan.

Apa pun pandangan netizen, sikap hormat menghormati antara satu sama lain perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Mungkin tindakan itu dilihat kasar tetapi berkesan dimasa hadapan. Bak kata pepatah Melayu, "Sayangkan anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan". - CARI

27

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtravaganza 5-10-2016 10:39 PM
Nk srh ank dia rs ape yg org dia buli tu rs la tuh..
Quote imransulaiman 5-10-2016 10:52 PM
Apa ko rasa? Oren?
Quote gekkou 6-10-2016 01:24 AM
lebat betul rambut anak dia
Quote DeeHanania 6-10-2016 08:52 AM
Sokong apa yg ibu dia buat
Quote mieymiey 6-10-2016 10:59 AM
Merasa la engko dekk
Quote oneders 6-10-2016 12:39 PM
pengajaran secara halus
Quote Miming2 6-10-2016 12:41 PM
cerita basi
Quote Artemesiaa 6-10-2016 06:01 PM
Biar le mak sendiri yang mengajar kang kalau orang lain pulak yang tolong ajar mau sentap
Quote Ethernet 6-10-2016 08:39 PM
tegas emaknya.
Quote aymanamana 6-10-2016 11:12 PM
bagus mak ni... rasain dapat mak garang gini
Quote epal21 7-10-2016 05:33 AM
mak yang tegas.bagus.semoga anaknya dapat pengajaran.
Quote mommymonster82 7-10-2016 08:03 AM
Pembuli mmg elok kena ajar gtu jer
Quote merrissa 7-10-2016 07:41 PM
ada satu kes ni........lepas tuh anak dia bunuh diri.....sebab malu...tau ponnnn
Quote babyLON. 7-10-2016 09:40 PM
padan muka. ingat pesakit tu minta ka jd bgtu..tp kau mmg meminta
Quote silampumeja 7-10-2016 11:10 PM
Ada dalam program meletop haritu kalu tak silap...si nabil ngejek sape entah ckap pasal botak..pastu dia kate, ko botak tu leukimia ... Mcm tak snsitif lgsung hal mcm niii

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.044120 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top