CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tangan Bengkak & Gatal Selepas Menonton Wayang, Netizen Kesal Kebersihan Pawagam Diambil Ringan

5-10-2016 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 16596| Komen: 26|Original author: TS LOO


Menonton wayang di pawagam untuk mengisi masa lapang adalah aktiviti yang biasa dilakukan khususnya golongan muda. Tetapi pernahkah anda mengalami situasi 'gatal-gatal' pada kulit beberapa hari selepas menonton filem? 


Seorang netizen, Juin yang juga merupakan seorang pengacara di sebuah radio internet, baru-baru ini memuat naik satu status mengenai pengalaman rakannya selepas menonton wayang di pawagam TGV yang terletak di Bukit Indah, Johor.

Menurut Juin, pengalaman pahit itu sebenarnya dialami rakannya, berikutan kesan bengkak yang amat gatal itu mula dirasai di bahagian tangan kiri ketika filem sedang ditayangkan. 


Loading FB Post...



Namun, hanya selepas filem tamat, barulah mereka dapat memeriksa situasi apakah yang berlaku itu. 


sumber foto: Akaun facebook Juin 

Mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pengurusan pawagam itu bagi menunjukkan masalah tersebut. 

Nampaknya mereka bukan sahaja tidak mendapat jalan penyelesaian namun telah diberikan jawapan yang sangat tidak membantu iaitu,"baru-baru ini kami telah melakukan pembersihan pagawam." 

Selain kesal dengan apa yang dialami dan memandangkan tiada penyelesaian yang boleh dicapai, maka Juin dan rakanya terpaksa akur dan terus beredar dari situ. Selepas itu, mereka berjumpa doktor di klinik untuk pemeriksaan lanjut. Menurut doktor, kesan bengkak itu adalah akibat gigitan serangga, tetapi cuma tidak dapat dipastikan jenis serangga. 

Doktor juga mencadangkan melakukan suntikan kerana keadaan yang agak teruk. Kemudian Juin memuat naik perkara itu di akaun facebooknya, dan nampaknya kebanyakan netizen memberi komen, dengan memaklumkan diri mereka turut pernah kena gigitan serangga ketika menonton wayang di pawagam itu.

Bagi netizen pernah mengalami situasi sama, mereka mencadangkan agar membuat aduan di laman web TGV. Namun, lazimnya TGV akan membayar perbelanjaan kos rawatan dan hadiahkan 2 keping tiket filem sebagai mengganti rugi mangsa yang mengalami gigitan serangga berkenaan. 

Bagi Juin membayar ganti rugi kos rawatan doktor adalah tindakan sia-sia sahaja, khususnya ketika si mangsa tersebut mempunyai insuran medikal, kos perbelanjaan ubat-ubatan juga tidak begitu mahal; sebaliknya Juin lebih berharap pihak pawagam tersebut lebih mengutamakan masalah kebersihan di dalam pawagam. 


sumber foto: akaun FB Juin

Tidak lama kemudian, pihak TGV menghubungi Juin dan bertanya beberapa maklumat berkaitan pagawam dan tempat duduk serta memohon maaf. 



sumber foto: Akaun FB Juin

Walaupun pihak pawagam telah meminta maaf dan membayar ganti rugi, namun apa yang penting ialah pihak pawagam perlu mengambil ikhtibar dan memastikan pawagam sentiasa dalam keadaan yang bersih tanpa ancaman serangga yang berbahaya. - CARI
11

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 5-10-2016 04:29 PM
Charlie pun nak tengok wayang gak ke?

Quote zulka 5-10-2016 04:40 PM
dah ko pegi tengok wayang telanjang mendapatla....
Quote haruslah 5-10-2016 04:42 PM
kelopak garam?
gegata????

kalo pseudoscience ckp ape????
Quote minahmanja 5-10-2016 04:42 PM
sama ngan min.. alergik habuk/hama... kalau klr shopping mmg seriau rase..   
Quote minahmanja 5-10-2016 04:44 PM
Mary_jane replied at 5-10-2016 04:29 PM
Charlie pun nak tengok wayang gak ke?

ni bkn kena charlie ni...kalau charlie dia akn ade gelembung2 air...air tu yg gatal+bisa... kalau yg atas ni mcm alergik habuk/hama.. mcm kena gegata.. setengah tpt pggl kelopak garam..

Quote manehnya 5-10-2016 04:48 PM
eeeuuh... msti busuk giler seat tuh..

Quote Artemesiaa 5-10-2016 04:59 PM
Pijat le tu yang menggigitnya, biasa le kalau seat tu tak berapa bersih jarang di vacuum mesti ada benda ni
Quote CiliPadiSedap 5-10-2016 05:04 PM
kutu lipas kalau gigit cmni
Quote zameyla 5-10-2016 05:37 PM
macam sopak garam ja...
Quote DeeHanania 5-10-2016 08:13 PM
Artemesiaa replied at 5-10-2016 04:59 PM
Pijat le tu yang menggigitnya, biasa le kalau seat tu tak berapa bersih jarang di vacuum mesti ada b ...

Btol tu kena gigit pijat tu...
Quote gigahertz 5-10-2016 08:52 PM
minahmanja replied at 5-10-2016 08:44 AM
ni bkn kena charlie ni...kalau charlie dia akn ade gelembung2 air...air tu yg gatal+bisa... kalau  ...

kalau pakai kerusi berkulit kurang kena bende ni.kalau jenis kusyen ada kain ada bulu mmg senang kena
Quote eyansss 5-10-2016 09:13 PM

kutu lipas?  as in kutu yang macam kutu manusia, kutu anjing, kutu kucing tu ke?  ke nama kutu tu kutu lipas?
Quote xtravaganza 5-10-2016 10:29 PM
Bkn pawagam mmg xhygiene sgt kan.. rs vacuum lantai je.. nk overall bersih tu rs mcm ....... hurmm
Quote sueburn 5-10-2016 10:54 PM
Kadang tak selesa nak tgk wayang sebab bila masuk je terus bau kepam-kepam hapak seat/carpet..
Quote olafhul 5-10-2016 11:19 PM
lps ni nk tgk wyang , kena pakai baju lengan pjg.
Quote Miming2 6-10-2016 01:13 AM
mcm gegata je...
Quote pearl.silver 6-10-2016 06:52 AM

I pnh kena dengan bas shamisha
Mmg sumpah seranah bas tu
Xpnh dah naik bas die..boikot
Quote kiambang 6-10-2016 07:05 AM
Lama dah  tgk wayang kat cinema semenjak boleh tgk online 123 movies...save budget..
Quote lashes 6-10-2016 10:03 AM
Jusco bukit indah ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.066318 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top