CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9302|Reply: 26

Tangan Bengkak & Gatal Selepas Menonton Wayang, Netizen Kesal Kebersihan Paw

[Copy link]
Post time 5-10-2016 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Menonton wayang di pawagam untuk mengisi masa lapang adalah aktiviti yang biasa dilakukan khususnya golongan muda. Tetapi pernahkah anda mengalami situasi 'gatal-gatal' pada kulit beberapa hari selepas menonton filem?


Seorang netizen, Juin yang juga merupakan seorang pengacara di sebuah radio internet, baru-baru ini memuat naik satu status mengenai pengalaman rakannya selepas menonton wayang di pawagam TGV yang terletak di Bukit Indah, Johor.


Menurut Juin, pengalaman pahit itu sebenarnya dialami rakannya, berikutan kesan bengkak yang amat gatal itu mula dirasai di bahagian tangan kiri ketika filem sedang ditayangkan.









Namun, hanya selepas filem tamat, barulah mereka dapat memeriksa situasi apakah yang berlaku itu.





sumber foto: Akaun facebook Juin



Mereka mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pengurusan pawagam itu bagi menunjukkan masalah tersebut.


Nampaknya mereka bukan sahaja tidak mendapat jalan penyelesaian namun telah diberikan jawapan yang sangat tidak membantu iaitu,"baru-baru ini kami telah melakukan pembersihan pagawam."


Selain kesal dengan apa yang dialami dan memandangkan tiada penyelesaian yang boleh dicapai, maka Juin dan rakanya terpaksa akur dan terus beredar dari situ. Selepas itu, mereka berjumpa doktor di klinik untuk pemeriksaan lanjut. Menurut doktor, kesan bengkak itu adalah akibat gigitan serangga, tetapi cuma tidak dapat dipastikan jenis serangga.


Doktor juga mencadangkan melakukan suntikan kerana keadaan yang agak teruk. Kemudian Juin memuat naik perkara itu di akaun facebooknya, dan nampaknya kebanyakan netizen memberi komen, dengan memaklumkan diri mereka turut pernah kena gigitan serangga ketika menonton wayang di pawagam itu.


Bagi netizen pernah mengalami situasi sama, mereka mencadangkan agar membuat aduan di laman web TGV. Namun, lazimnya TGV akan membayar perbelanjaan kos rawatan dan hadiahkan 2 keping tiket filem sebagai mengganti rugi mangsa yang mengalami gigitan serangga berkenaan.


Bagi Juin membayar ganti rugi kos rawatan doktor adalah tindakan sia-sia sahaja, khususnya ketika si mangsa tersebut mempunyai insuran medikal, kos perbelanjaan ubat-ubatan juga tidak begitu mahal; sebaliknya Juin lebih berharap pihak pawagam tersebut lebih mengutamakan masalah kebersihan di dalam pawagam.




sumber foto: akaun FB Juin



Tidak lama kemudian, pihak TGV menghubungi Juin dan bertanya beberapa maklumat berkaitan pagawam dan tempat duduk serta memohon maaf.







sumber foto: Akaun FB Juin





Walaupun pihak pawagam telah meminta maaf dan membayar ganti rugi, namun apa yang penting ialah pihak pawagam perlu mengambil ikhtibar dan memastikan pawagam sentiasa dalam keadaan yang bersih tanpa ancaman serangga yang berbahaya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Charlie pun nak tengok wayang gak ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 04:40 PM | Show all posts
dah ko pegi tengok wayang telanjang mendapatla....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 04:42 PM | Show all posts
kelopak garam?
gegata????

kalo pseudoscience ckp ape????
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 04:42 PM | Show all posts
sama ngan min.. alergik habuk/hama... kalau klr shopping mmg seriau rase..   
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 04:44 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 5-10-2016 04:29 PM
Charlie pun nak tengok wayang gak ke?

ni bkn kena charlie ni...kalau charlie dia akn ade gelembung2 air...air tu yg gatal+bisa... kalau yg atas ni mcm alergik habuk/hama.. mcm kena gegata.. setengah tpt pggl kelopak garam..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2016 04:48 PM | Show all posts
eeeuuh... msti busuk giler seat tuh..

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 04:59 PM | Show all posts
Pijat le tu yang menggigitnya, biasa le kalau seat tu tak berapa bersih jarang di vacuum mesti ada benda ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2016 05:04 PM | Show all posts
kutu lipas kalau gigit cmni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 05:37 PM | Show all posts
macam sopak garam ja...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 5-10-2016 04:59 PM
Pijat le tu yang menggigitnya, biasa le kalau seat tu tak berapa bersih jarang di vacuum mesti ada b ...

Btol tu kena gigit pijat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 5-10-2016 08:44 AM
ni bkn kena charlie ni...kalau charlie dia akn ade gelembung2 air...air tu yg gatal+bisa... kalau  ...

kalau pakai kerusi berkulit kurang kena bende ni.kalau jenis kusyen ada kain ada bulu mmg senang kena
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 09:13 PM | Show all posts

kutu lipas?  as in kutu yang macam kutu manusia, kutu anjing, kutu kucing tu ke?  ke nama kutu tu kutu lipas?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn pawagam mmg xhygiene sgt kan.. rs vacuum lantai je.. nk overall bersih tu rs mcm ....... hurmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang tak selesa nak tgk wayang sebab bila masuk je terus bau kepam-kepam hapak seat/carpet..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 11:19 PM | Show all posts
lps ni nk tgk wyang , kena pakai baju lengan pjg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2016 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm gegata je...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts

I pnh kena dengan bas shamisha
Mmg sumpah seranah bas tu
Xpnh dah naik bas die..boikot
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah  tgk wayang kat cinema semenjak boleh tgk online 123 movies...save budget..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Jusco bukit indah ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.079286 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list