Selepas Syarikat Apple mengeluarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, rata-rata penggemar jenama telefon bimbit tersebut segera memilikinya.
Tetapi terdapat sebuah hospital rawatan sakit puan di Chongqing, China telah mengadakan satu peraturan dengan melarang kakitangannya membeli iPhone 7 atau iPhone 7 Plus yang baru, termasuk menasihat mereka yang telah membelinya itu pulang semula telefon bimbit itu. Berdasarkan gambar notis hospital yang diambil oleh netizen, jelas kelihatan tindakan hospital tersebut adalah untuk menggalakkan kakitangannya berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.
" Mereka yang mengingkari arahan notis dan tetap membelinya dan penilaian tahunan akan dibatalkan, bagi mereka yang sudah beli iPhone 7 atau iPhone 7 Plus tapi sekiranya didapati tidak berkeupayaan kuasa pembeliannya akan dinasihat memulangkannya. ” “Sila ambil serius dan megikut arahan notis tersebut!" Menurut laporan media di negara China, setelah wartawan menghubungi pihak hospital untuk pengesahan pengeluaran notis larangan tersebut, pihak hospital menjawab, notis itu adalah benar. Menurut Ketua hospital berkenaan, harga pasaran iPhone 7 di China telah meningkat sehingga mencecah puluh ribu Yuan, dan baru-baru ini pula ramai kakitangan hospital dari golongan muda yang gemar mengejar barangan trendy. Justeru itu, notis itu dikeluarkan semata-mata untuk memberi galakkan agar berjimat cermat, dan harap kita semua lebih menyokong barangan tempatan daripada luar negara. Walau bagaimana pun, ada netizen berpendapat peraturan itu tidak berperikemanusiaan, pihak hospital tidak wajar mengambil tindakan sedemikian, kerana membeli barang kegemaran sendiri adalah hak sendiri. Ada jua beranggapan semua ini adalah tindakan hospital yang bertujuan untuk promosi. - CARI |
20
Bagus |
19
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT