Oleh : Dean BZ Buah Limau gedang atau juga dikenali (grapefruit) adalah sejenis buah-buahan yang mempunyai banyak manfaat kesihatan. Limau gedang dipercayai berasal dari Jamaica dan disebabkan bentuknya, kadang kala ramai terkeliru antara buah limau gedang dengan buah limau bali. Buah limau gedang ini kurang sedap jika dimakan begitu sahaja, ia jauh lebih sedap jika dibuat jus atau dimakan bersama sebuk asam boi. Banyak manfaat Limau Gedang untuk kesihatan antaranya membantu mengurangkan masalah keletihan, demam, malaria, penyakit kencing manis ,sembelit, masalah kencing, masalah tubuh berasid, masalah pencernaan, antiseptik untuk luka dan banyak lagi. Berikut pula adalah 5 manfaat kecantikan yang menakjubkan daripada buah limau gedang, dipetik dari Akedemi Flora:
1. Mencegah Penuaan Potassium dalam limau gedang membantu melicinkan garis-garis halus dan kedutan, dengan itu membantu mendapatkan kulit yang kelihatan lebih muda. Ia juga menyediakan perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya daripada matahari, dengan itu memastikan bahawa kerosakan daripada matahari dikurangkan. 2. Meningkatkan Pembentukan Kolagen Untuk kulit kelihatan lebih muda, tegang dan cantik, adalah penting untuk memastikan bahawa pembentukan kolagen yang sihat dan keanjalan semula jadi kulit dikekalkan dengan baik. Limau gedang membantu banyak dalam hal ini, terima kasih kepada kandungan Vitamin A dan C yang tinggi, yang meningkatkan pembentukan kolagen. 3. Melawan Kelemumur Ekstrak biji limau gedang boleh digunakan untuk disapu kepada rambut dan kulit kepala, untuk mengurangkan kelemumur dan membersihkan folikel yang tersumbat, dengan itu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 4. Menjadikan Kulit Lebih Lembut Bersama-sama dengan Vitamin C, limau gedang juga kaya dengan asid amino yang menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Anda boleh menggunakan limau gedang sebagai mask muka semulajadi di rumah untuk mendapatkan manfaat terbaik. 5. Membantu Sekatakan Tona Kulit Mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mengalami masalah jerawat, benar-benar boleh bergantung kepada limau gedang untuk pembersihan dan mendapatkan tona kulit muka yang sekata. Ia secara semula jadi meningkatkan pH kulit dan membantu dalam mengurangkan jerawat, dan juga membersihkan liang muka untuk memberikan anda kulit yang lebih baik. Ia turut membantu mencegah tona kulit yang tidak sekata. Selain itu, ia juga mengandungi lycopene (yang hadir dalam tomato juga), yang membantu melawan kanser. - CARI |
40
Bagus |
16
Marah |
22
Terkejut |
26
Sedih |
30
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
redxzangler replied at 27-9-2016 12:22 PM
Bagus ni..mane nak dapat?
ipes2 replied at 28-9-2016 03:21 AM
eh limau gedang ni limau apa ek?
i ni darat sket
Super-M replied at 4-10-2016 06:19 AM
Limau gedang ni grapefruit.
Kalau org pikir grapefruit dgn blood oranges benda yg sama. Ekceli ...
Super-M replied at 4-10-2016 06:28 AM
G la cameron highland ada buah ni kat pasar dia.Manis,besar.1kg rm10.
Kat aeon ada gak sebiji rm8 ...
jazaa100 replied at 8-10-2016 10:49 PM
Kau bior betul super-m...
Aku ingt lg....dulu kwn aku kata klu nk kurus, amalkn minum jus grape ...
Super-M replied at 9-10-2016 06:35 AM
Mmg... Dia kan sbenarnya mcm limau bali sikit. Limau bali pun ada yg terasa amat pahit, ada yg tid ...
jazaa100 replied at 9-10-2016 07:02 AM
Oooo...TQ Super-M...
Byk info aku dpt dari kau. Dulu aku perah je grapefruit tu....berat aku ...
Super-M replied at 9-10-2016 07:13 AM
Alah.. Aku pun bukan ilmu aku, ilmu org. Hihi..
Try lah kopi tu, jgn tlampau bnyak.. Nnti masi ...
jazaa100 replied at 9-10-2016 07:24 AM
Ha..ha...peyno..
Dah mengecut telur jawa totok tu....
ipes2 replied at 18-10-2016 03:19 AM
Eh kemana Peyno ek?
Lama tak nmpk
jazaa100 replied at 18-10-2016 08:29 AM
Dah kena tampor dgn TMJ agaknya Dr...
ADVERTISEMENT