Oleh : Dean BZ Kes suami curang main "kayu tiga" telah banyak terjadi dan sering kita baca di media sosial juga dengar dari mulut ke mulut. Tiada pasangan suami isteri yang telah berkahwin terlintas untuk bermain kayu tiga jika tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Banyak penyebab yang membuatkan suami curang dan kebanyakan si suami mendakwa, punca mereka curang adalah kerana kesilapan isteri. Jadi, sebelum terjadi perkara tidak diingini, persiapkan diri anda terlebih dahulu. Jangan terlalu merasa selesa dan pastikan 4 perkara dibawah sentiasa dititik beratkan. 1. Beri perhatian walau sibuk mana pun
Lelaki juga ingin disayangi dan diberi perhatian. Punca suami mencari wanita lain adalah kerana kurang mendapat perhatian dari isteri. Sibuk mana pun anda menjaga anak-anak, luangkan masa untuk suami, barulah suami melekat je. 2. Jaga penampilan, jangan selekeh je di rumah Lepas kahwin ramai wanita tidak peduli dengan penampilan mereka. Masa bercinta bukan main cantik. Sebab tu lah suami cari perempuan lain yang lagi cantik. Apa la salahnya bercantik untuk suami walaupun di rumah. 3. Jadi teman setia & pendengar yang baik Kajian menunjukkan, wanita mampu bercakap 20 ribu patah perkataan sehari, manalkala lelaki hanya mampu mencapai 7 ribu dalam sehari. Memang terbukti bahawa wanita lebih banyak bercakap dari lelaki. Tanpa sedar, anda tidak berikan ruang kepada suami untuk kongsikan sesuatu. 4. Wanita perlu faham, lelaki perlukan waktu bersendirian Jangan rasa curiga atau salah sangka jika suami anda hilangkan diri seketika. Suami anda mungkin sedang tenangkan diri. Ada kalanya mereka perlukan masa bersendirian. Jangan risau, suami anda pasti akan ceritakan masalah pada anda. Jika anda sudah cuba yang terbaik untuk suami dan suami anda tetap juga curang, itu maknanya bukan salah anda. Sememangnya suami anda jenis lelaki gatal dan tidak setia atau wanita yang menggodanya lebih "menarik" dari anda. Apa pun, sebelum perkara buruk terjadi dalam rumah tangga baiklah mencegah dan perbaiki kekurangan diri masing-masing terlebih dahulu. - CARI Sumber - hanasuva
|
17
Bagus |
24
Marah |
17
Terkejut |
11
Sedih |
11
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terma2nkondisi2 replied at 24-9-2016 06:47 AM
"4. Wanita perlu faham, lelaki perlukan waktu bersendirian" !!!???
lelaki tidak perlukan masa sen ...
terma2nkondisi2 replied at 24-9-2016 06:47 AM
"4. Wanita perlu faham, lelaki perlukan waktu bersendirian" !!!???
lelaki tidak perlukan masa sen ...
Hana replied at 21-9-2016 10:32 AM
Aku neutral, janji aku ada keje dan masih bekerja.
sebu replied at 29-9-2016 11:47 AM
Suami aku antipoligami
mannaklagi replied at 29-9-2016 11:54 AM
Patut hang rephrase ayat hang nee kepada.."kalau Dia boleh buat...aku pun boleh ler"
Hana replied at 29-9-2016 12:12 PM
ko berharap akan jumpa "Hazel" versi baru ke pada tahun 2016?
good luck ye..dlm pencarian bi ...
mannaklagi replied at 29-9-2016 11:57 AM
All the more curang would be his best option...coz no real commitment.......
Kan??
sebu replied at 29-9-2016 12:30 PM
Dia seorang yang sangat setia duhai manak
mannaklagi replied at 29-9-2016 12:35 PM
Manak tak pernah question kesetiaan dia...Ada kah????
ADVERTISEMENT