View: 5801|Reply: 29
|
Ikut 4 Tips Ini Jika Tidak Mahu Suami Anda Curang
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Kredit foto - melayubestariku.blogspot.com.
Kes suami curang main "kayu tiga" telah banyak terjadi dan sering kita baca di media sosial juga dengar dari mulut ke mulut.
Tiada pasangan suami isteri yang telah berkahwin terlintas untuk bermain kayu tiga jika tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Banyak penyebab yang membuatkan suami curang dan kebanyakan si suami mendakwa, punca mereka curang adalah kerana kesilapan isteri.
Jadi, sebelum terjadi perkara tidak diingini, persiapkan diri anda terlebih dahulu. Jangan terlalu merasa selesa dan pastikan 4 perkara dibawah sentiasa dititik beratkan.
1. Beri perhatian walau sibuk mana pun
Lelaki juga ingin disayangi dan diberi perhatian. Punca suami mencari wanita lain adalah kerana kurang mendapat perhatian dari isteri. Sibuk mana pun anda menjaga anak-anak, luangkan masa untuk suami, barulah suami melekat je.
Kredit foto - kataubaid.com
2. Jaga penampilan, jangan selekeh je di rumah
Lepas kahwin ramai wanita tidak peduli dengan penampilan mereka. Masa bercinta bukan main cantik. Sebab tu lah suami cari perempuan lain yang lagi cantik. Apa la salahnya bercantik untuk suami walaupun di rumah.
3. Jadi teman setia & pendengar yang baik
Kajian menunjukkan, wanita mampu bercakap 20 ribu patah perkataan sehari, manalkala lelaki hanya mampu mencapai 7 ribu dalam sehari. Memang terbukti bahawa wanita lebih banyak bercakap dari lelaki. Tanpa sedar, anda tidak berikan ruang kepada suami untuk kongsikan sesuatu.
4. Wanita perlu faham, lelaki perlukan waktu bersendirian
Jangan rasa curiga atau salah sangka jika suami anda hilangkan diri seketika. Suami anda mungkin sedang tenangkan diri. Ada kalanya mereka perlukan masa bersendirian. Jangan risau, suami anda pasti akan ceritakan masalah pada anda.
Jika anda sudah cuba yang terbaik untuk suami dan suami anda tetap juga curang, itu maknanya bukan salah anda. Sememangnya suami anda jenis lelaki gatal dan tidak setia atau wanita yang menggodanya lebih "menarik" dari anda.
Apa pun, sebelum perkara buruk terjadi dalam rumah tangga baiklah mencegah dan perbaiki kekurangan diri masing-masing terlebih dahulu. - CARI
Sumber - hanasuva |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka pikir positif dlm hubungan. Insyaallah suamiku takkan curang dan terima kasih tips yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik la laki aku jenis setia. stakat ni la. minta2 berkekalan. amiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku neutral, janji aku ada keje dan masih bekerja. |
|
|
|
|
|
|
|
pokok pangkal hati.. ada je isteri yg buat semua tu tapi laki still cari lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
"4. Wanita perlu faham, lelaki perlukan waktu bersendirian" !!!???
lelaki tidak perlukan masa sendirian lah tt... tanggungjawab lelaki adalah menjaga perempuan.. oleh itu, lelaki perlu berada setiap masa di sisi perempuan..
kalau yg perlukan masa sendirian tu adalah sebab si lelaki tu nak kontek/jumpa skandal dia
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaa....kalo jenis miang..mulut manis buat la amalkn tips apa pon dia buat jugak... tggu kifarah je la jantan mcm tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya mcm pelik la pula. 'hilangkan diri seketika'. lain la kalu keluar bersukan dengan kawan2.
|
|
|
|
|
|
|
|
wanita harus sentiasa bersedia bila suami ingin bersatu tut dengannya. tak kira penat , duka , atau apa apalah... |
|
|
|
|
|
|
|
Suami aku antipoligami |
|
|
|
|
|
|
|
Patut hang rephrase ayat hang nee kepada.."kalau Dia boleh buat...aku pun boleh ler"
|
|
|
|
|
|
|
|
All the more curang would be his best option...coz no real commitment.......
Kan??
|
|
|
|
|
|
|
|
mannaklagi replied at 29-9-2016 11:57 AM
All the more curang would be his best option...coz no real commitment.......
Kan??
Dia seorang yang sangat setia duhai manak |
|
|
|
|
|
|
|
mannaklagi replied at 29-9-2016 12:35 PM
Manak tak pernah question kesetiaan dia...Ada kah????
Walau jauh dia tetap setia. ... |
|
|
|
|
|
|
|
aciik replied at 28-9-2016 05:13 PM
wanita harus sentiasa bersedia bila suami ingin bersatu tut dengannya. tak kira penat , duka , atau ...
Hahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|