Oleh : TS LOO Semalam, New York Times melaporkan anugerah yang dirancang diberikan kepada program Pusat Anak Permata Negara (Permata) ditarik balik pada saat-saat terakhir oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) tanpa memberi sebab. Dalam pada itu, pihak UNESCO juga tidak memberikan butiran lanjut tentang pembatalan pemberian anugerah itu. Kenyataan mengenai pembatalan pemberian anugerah tersebut dikeluarkan oleh Tudor Parfitt, seorang sarjana yang terlibat dalam acara berkenaan.
Sebelum ini pada Sabtu, Bernama melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh UNESCO. Anugerah itu sepatutnya diberikan atas usaha membangunkan potensi kanak-kanak khususnya di bawah program Permata. Perkara itu, lapor Bernama, dimaklumkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad dalam satu kenyataan.- CARI sumber berita : BERNAMA
|
CrowneGlory replied at 19-9-2016 03:42 PM
jahat tawwww.... sian kak mah... baru panggil tailor dtg seri perdana nk tempah baju baru...rupanya ...
ADVERTISEMENT