Daging orang Islam dimasukkan sekali dalam burger daging McDonald's? Benarkah dakwaan tersebut? Mendengarkan sahaja sudah bikin rasa loya dan tak sanggup rasanya. Apatah lagi ia merupakan satu dakwaan yang sangat berat, daging manusia dalam daging burger? Seorang netizen asalnya yang telah berkongsi link atau pautan dari sebuah laman web yang dipercayai bukan dari negara ini. Sambil menaikkan status yang berbaur penuh kemarahan, provokasi dan juga mungkin peringatan namun tanpa usul periksa tentang hal sebenar. "Alangkah bodohnya orang melayu beragama Islam yang bodoh sombong dan buta hati sudah hitam membusuk yang masih lagi membela dari makan minum di McDonald's cimpataan zionis..."
Begitulah antara yang dilontarkan. Sudah pasti ia mencetuskan keresahan dan juga kebimbangan di kalangan masyarakat melalui apa yang dikongsikan itu. Namun, nampaknya pihak JAKIM lebih pantas bertindak apabila menaikkan satu status di laman web Bahagian Hab Halal, Jakim menafikan hal tersebut. "Untuk makluman para pengguna sekalian, daging burger McDonald's yang berada di pasaran Malaysia adalah buatan tempatan. Justeru, adalah mustahil perkara ini berlaku di Malaysia. "Perlu ditegaskan bahawa McDonald's Malaysia merupakan pemegang sijil Pengesahan Halal Malaysia." Kesimpulannya, sudah berkali-kali diingatkan agar tidak terlalu 'ringan tulang' berkongsi maklumat yang viral tanpa usul periksa. Natijahnya sudah pasti kepada masyarakat itu sendiri, selain membantu 'melingkupkan' pihak yang didakwa tanpa bukti kukuh. Sekiranya ada perkara yang anda musykilkan berhubung status halal, boleh sahaja terus ke laman web www.halal.gov.my atau pun menerusi aplikasi myjakim. - CARI |
14
Bagus |
13
Marah |
22
Terkejut |
18
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT