Oleh : Dean BZ Kontinjen Malaysia mencipta sejarah apabila memenangi 2 pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, setakat ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi laman Twitternya menyuarakan keyakinan seorang lagi atlet olahraga negara, Abdul Latif Romli berpeluang meraih kejayaan sama dilakar Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli, hari ini. Abdul Latif adalah pembawa bendera negara, Jalur Gemilang pada majlis pembukaan Paralimpik di Rio. "We are not done yet! Latif will #GoForGold 9.30pm Malaysia time for Gold number 3. #KamiLuarBiasa #MalaysiaBoleh," tulis Khairy.
Abdul Latif, 19 yang beraksi dalam acara lompat jauh adalah pemenang pingat emas di Kejuaraan Olahraga Dunia ICP di Doha, Qatar tahun lalu dengan catatan 7.35 meter. Ia kemudian diperbaharui olehnya di temasya Sukan Malaysia Sarawak 2016 dengan catatan 7.46 meter. Malaysia setakat ini sudah meraih dua pingat emas menerusi atlet pecut Mohamad Ridzuan memenangi emas dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy). Ia diikuti kejayaan atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli dengan kejayaan kedua-duanya melakar sejarah kerana negara tidak pernah memenangi pingat emas di temasya terbesar itu setakat ini. Lebih membanggakan, kedua-dua pingat itu turut mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitternya turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet terbabit yang disifatkan sebagai luar biasa dan meluahkan rasa bangga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di Rio. - CARI Sumber - Berita Harian
|
34
Bagus |
24
Marah |
26
Terkejut |
20
Sedih |
18
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dauswq replied at 11-9-2016 06:00 AM
2 emas dpt ni ..tahniah
Syd replied at 11-9-2016 06:06 AM
Itulah. Tahniah tahniah.
Kat fb KJ, dorg bantai bgasak.
dauswq replied at 11-9-2016 06:08 AM
bantai bergasak psl janji ganjaran 1 juta kah? psl media kurang highlight kah?
bergasaklah ...
auntie_girl replied at 11-9-2016 06:09 AM
Sila jangan double standard eh
Syd replied at 11-9-2016 06:13 AM
Semua ada.
Sah sah dah janji samarata kan??
dauswq replied at 11-9-2016 06:16 AM
kan? apelah diorg tak puas hati lg tu
dah sah2 diorg tak well-informed,atau pun ignorant, s ...
Jagendas replied at 11-9-2016 06:24 AM
sprinter tu break record tak ?
tadi siang kt nadi arena dia mcm yakin dapat gold
ADVERTISEMENT