Oleh : TS LOO Pemain nombor satu dunia, Serena Williams tersingkir daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas dikejutkan oleh pemain Republik Czech, Karolina Pliskova 6-2, 7-6 (7/5) dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi. Kekalahan itu menyaksikan Serena gagal dalam misi untuk merangkul gelaran ke-23 Grand Slam sekali gus memecahkan rekod profesional dalam era terbuka yang dikongsinya bersama Steffi Graf dengan 22 kejuaraan ketika ini. Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut Serena di separuh akhir Terbuka AS selepas turut tewas pada edisi tahun lalu di Flushing Meadows. Pliskova yang tampil sebagai pilihan ke-10 kejohanan dan bermain kali pertama di separuh akhir Grand Slam akan bertemu pemenang perlawanan antara Caroline Wozniacki dengan Angelique Kerber bagi perebutan gelaran juara. - CARI
|
2
Bagus |
4
Marah |
7
Terkejut |
5
Sedih |
9
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shi_jewel replied at 9-9-2016 08:35 PM
Dulu iol minat maria sharapova...tp lepas dia digantung iol dh x follow tenis sgt dh..
batman_2007 replied at 10-9-2016 04:45 PM
Knpa kna gantung?
Iols suka awek enrique tu
ADVERTISEMENT