oleh Adib ZA Setiap hari ada sahaja cabaran baru, walaupun nampak kecil namun jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang itu stress.
Nah ini dia beberapa 'life hacks' yang mampu mempermudahkan beberapa perkara yang anda lakukan sehari-hari daripada mengadap laptop, ipad sehinggalah minum air sekalipun. Bolehlah nanti share dengan rakan-rakan agar semua pun berasa gembira dan ceria melakukan kerja! 1. Pemanas minuman Gemar minum kopi sambil membuat kerja di laptop? Letakkan sahaja mug anda di tepi laptop agar suhu panas dari laptop terus membuatkan mug anda panas dalam masa lebih lama.
2. Bola penanda parkir Mempunyai kereta sedan yang besar, membuatkan sesetengah orang sukar mengagak dengan tepat untuk berhenti ketika parking kereta. Guna sahaja cara ini, gantungkan bola tenis dengan tali, ia menjadi tempat yang tepat untuk anda memberhentikan kereta. 3. Penahan pintu Pintu bilik sering terbuka dan tertutup dengan sendiri? Gunakan sahaja sudu yang diterbalikkan sebagai solusi! 4. Pening memilih seluar jeans Mempunyai banyak koleksi seluar jeans? Simpankan dalam laci dan meletakkan bahagian poket di hadapan. Ini kerana setiap poket jeans memiliki corak dan motif berbeza, lebih mudah untuk anda pilih! 5. Dompet rahsia Anda sering mengunjungi gym, sauna dan juga banyak lokasi yang memerlukan dompet disimpan? Guna cara ini, simpan duit anda dalam bekas lip balm atau bekas produk sehari-hari agar tidak ketahuan! 6. Lazypod murah Gemar menonton movie dan juga youtube di tablet anda? Sangkutkan sahaja di dinding dengan menggunakan penggantung plastik dari pasaraya. Mudah dan berkesan pula tu! - CARI |
15
Bagus |
26
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
29
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT