CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2632|Reply: 10

'Life Hacks' Ini Bikin Hidup Anda Lebih Mudah & Ceria, Cubalah!

[Copy link]
Post time 6-9-2016 05:05 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib ZA

Setiap hari ada sahaja cabaran baru, walaupun nampak kecil namun jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang itu stress.


Nah ini dia beberapa 'life hacks' yang mampu mempermudahkan beberapa perkara yang anda lakukan sehari-hari daripada mengadap laptop, ipad sehinggalah minum air sekalipun.


Bolehlah nanti share dengan rakan-rakan agar semua pun berasa gembira dan ceria melakukan kerja!




1. Pemanas minuman








Gemar minum kopi sambil membuat kerja di laptop? Letakkan sahaja mug anda di tepi laptop agar suhu panas dari laptop terus membuatkan mug anda panas dalam masa lebih lama.




2. Bola penanda parkir





Mempunyai kereta sedan yang besar, membuatkan sesetengah orang sukar mengagak dengan tepat untuk berhenti ketika parking kereta. Guna sahaja cara ini, gantungkan bola tenis dengan tali, ia menjadi tempat yang tepat untuk anda memberhentikan kereta.




3. Penahan pintu








Pintu bilik sering terbuka dan tertutup dengan sendiri? Gunakan sahaja sudu yang diterbalikkan sebagai solusi!



4. Pening memilih seluar jeans







Mempunyai banyak koleksi seluar jeans? Simpankan dalam laci dan meletakkan bahagian poket di hadapan. Ini kerana setiap poket jeans memiliki corak dan motif berbeza, lebih mudah untuk anda pilih!




5. Dompet rahsia








Anda sering mengunjungi gym, sauna dan juga banyak lokasi yang memerlukan dompet disimpan? Guna cara ini, simpan duit anda dalam bekas lip balm atau bekas produk sehari-hari agar tidak ketahuan!




6. Lazypod murah







Gemar menonton movie dan juga youtube di tablet anda? Sangkutkan sahaja di dinding dengan menggunakan penggantung plastik dari pasaraya. Mudah dan berkesan pula tu! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2016 05:28 PM | Show all posts
Bekas lip balm tu memang berguna bila travel dan terpaksa kongsi hostel atau bilik degan orang lain demi menjaga keselamatan dari kecurian
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lazypod murah tu mcm menarik
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2016 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
No 3&4tu slalu buat...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 05:22 PM | Show all posts
no 1 tu salu buat tp pc opis...letak kaki kat bawah rasa panas je hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow mcmtu pun blh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2016 10:20 AM | Show all posts
hahhah..good info
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgs.. Nti nk try
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 08:38 PM | Show all posts
Memang seronok last tu. Lagi-lagi kalau sebelah bantal nak tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nombor 5 mmg amalan sejak remaja lg. selain dr rasa selamat dr org lain, terasa selamat dr diri sendiri jugak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahaha tq for the info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.221628 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list