Oleh : TS LOO Berikutan menerima banyak aduan di serata dunia berhubung telefon bimbit Galaxy Note 7 mudah terbakar, syarikat pengeluar telefon bimbit Samsung dikatakan mengambil keputusan untuk menarik balik semua model telefon bimbit berkenaan. Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Koh Dong-jin memaklumkan pemberita bahawa setakat hari Khamis, pihaknya menerima sejumlah 35 aduan daripada pusat perkhidmatan di dalam dan luar negara berkaitan masalah bateri Galaxy Note 7.
Samsung Note 7 diperkenalkan kepada umum hanya kira-kira sebulan lalu, menurut laporan CNN. Menurut syarikat itu, ia telah menemui satu masalah dengan bateri telefon berkenaan dan kini menghentikan jualan. Syarikat Samsung akan menggantikan semua Galaxy Note 7 dengan yang baru tidak kira bila ia dibeli sebelum ini. Menurut laporan agensi berita BBC, Samsung memerlukan masa kira-kira dua minggu untuk menggantikan produk berkenaan dengan yang baru. Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, ada laporan sebelum ini sebanyaj lima kejadian di seluruh dunia Galaxy Note 7 terbakar. Samsung berkata ia telah dimaklumkan dengan 35 kes berkenaan di dunia.- CARI Sumber info: www.dailymail.co.uk
|
32
Bagus |
23
Marah |
50
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT