Oleh : TS LOO Bertempat di kawasan pergunungan Pindos di utara Greece, terdapat sebatang pokok pine yang bernama Adonis dikatakan kini telah berusia 1,075 tahun. Menurut saintis, pokok tertua di Eropah itu ditanam sebelum Perang Hastings pada 941 tahun Masihi. Adonis tumbuh ketika zaman kegemilangan empayar Byzantin. Semasa pokok itu berusia 250 tahun, Universiti Oxford baru ditubuhkan dan 500 tahun kemudian, Isaac Newton menghasilkan hukum gerakan. Menurut laporan Mail Online, pokok berkenaan dijumpai oleh saintis di Universiti Stockholm dan Universiti Mainz dalam eks-pedisi yang diketuai oleh pakar dendrokronologi, Dr. Paul Krusic.
Dr. Krusic berkata, amat me-ngagumkan pokok berkenaan mampu hidup dalam suasana yang tidak sesuai di kawasan yang telah dibangunkan sejak 3,000 tahun yang lalu. Teras pokok tersebut berukuran satu meter dan mempunyai 1,075 lingkaran. - CARI sumber info: www.dailymail.co.uk
|
6
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT