oleh Adib ZA Apa yang anda dapat bila meniru sesuatu yang telah pun menjadi fenomena? Tiada langsung atau mungkin mendapat sesuatu hasil yang lebih baik daripada yang 'original'.
Di kala syarikat permainan lain mengatakan tidak akan meniru Pokemon Go yang menjadi fenomena seluruh dunia pada masa ini, lain pula yang berlaku di China. Menghasilkan aplikasi permainan yang mirip dengan Pokemon Go bukan sesuatu yang pelik atau buat orang terkejut di sana. Malah, sudah wujud pun pada masa ini klon kepada permainan tersebut. Lihat sahaja pada screenshot ini, nampaknya syarikat permainan tersebut tidak malu-malu malah secara terang lagi menampakkan persamaan permainannya dengan Pokemon Go. Namun fungsinya agak berbeza, iaitu hanya mengajar pengguna untuk menggunakan bola Pokeballs dengan cara tepat dan nampaknya tidak secomel watak Pokemon sebenar. Malah, syarikat terbabit telah mengemaskini aplikasi tersebut untuk memberikan hasil lebih baik kepada permainannya. Untuk rekod, memang menjadi 'tradisi' kepada mana-mana syarikat permainan mobile untuk meniru permainan daripada syarikat lain. Meskipun ia bukan secara 'official' atau pun rasmi, namun budaya meniru itu memang dijadikan amalan pemain industri. Namun, untuk kes Pokemon Go ini dikatakan jika mana-mana syarikat ingin menirunya dengan sebaik mungkin, memerlukan masa yang sangat panjang. Tambahan pula pesaing lain tidak mempunyai pakar dalam bidang GPS, seperti Pokemon Go yang mempunyai CEO yang pakar dalam pembangunan Google Earth. Kesimpulannya, meniru sesuatu yang baik mahu pun sebaliknya, bergantung juga jika iamemberi manfaat dan keuntungan, mungkin tiada salahnya. Malah, jika ditambah baik merupakan nilai yang lebih boleh mereka berikan kepada pengguna nanti. Seperti Pokemon Go ini misalnya, para pemain industri memberi idea agar ia lebih mengujakan, "Permainan ini harusnya bersifat lebih sosial, di mana ada boleh menetapkan matlamat team anda dan berbuat (chat) ketika masing-masing sedang memburu Pokemon." Bagaimana, adakah anda seorang yang sanggup menerima cabaran mencipta sesuatu yang lebih baik daripada produk yang original? - CARI |
4
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT