Beberapa minggu lalu, satu video "panas" memaparkan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) sedang memeluk pelakon Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, dari belakang telah tersebar luas di media sosial.
Video itu menjadi tanda tanya ramai tentang status mereka berdua. Namun suami kepada penyanyi Adira itu segera membuat pengakuan tentang video tersebut : “Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. “Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian . Namun berharap video kontroversi lalu tidak terus jadi bahan kecaman buat kedua-dua isterinya, Datuk Seri Adnan Abu berkongsi bahawa dirinya tidak menggunakan wang ringgit untuk memikat isterinya yang kedua, Adira sebelum berkahwin. Sebaliknya, beliau lebih terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati. “Ketika pertama kali saya mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong wang ringgit. Sebab itu saya tidak kisah dengan pandangan orang luar ke atas diri saya, janji kedua isteri saya ini memahami” “Sebab itu saya tidak kisah tentang pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini memahami. Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu. Selain itu, Datuk Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu merupakan detik yang terindah buat dirinya untuk melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Malah isteri pertamanya, Datin Norshafila Hassim memberikan nasihat kepada Adira untuk menjaga kandungan beliau dan tidak terlalu stress. Terdahulu, Adira, 25 berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015. Apa pun, diharap segala kontroversi yang melanda dapat dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dimasa hadapan. - CARI Sumber - Rotikaya/BeritaHarian |
9
Bagus |
28
Marah |
21
Terkejut |
22
Sedih |
17
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fuzzyfuzzy replied at 16-8-2016 04:44 PM
"Terdahulu, Adira, 25 berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailan ...
chazey replied at 16-8-2016 04:50 PM
Reception ada uol. Deyol buat kat kampong halaman Adira.
ADVERTISEMENT