CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14094|Reply: 112

Saya Tak Mengurat Adira Dengan Wang Ringgit - Datuk Red

[Copy link]
Post time 16-8-2016 04:32 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa minggu lalu, satu video "panas" memaparkan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) sedang memeluk pelakon Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, dari belakang telah tersebar luas di media sosial.


BACA JUGA - Ruhainies Bercinta Dengan Suami Adira, Dilamar Jadi Isteri Ke-3?


Video itu menjadi tanda tanya ramai tentang status mereka berdua. Namun suami kepada penyanyi Adira itu segera membuat pengakuan tentang video tersebut :


“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama.


“Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian .


Kredit foto - Rotikaya




Namun berharap video kontroversi lalu tidak terus jadi bahan kecaman buat kedua-dua isterinya, Datuk Seri Adnan Abu berkongsi bahawa dirinya tidak menggunakan wang ringgit untuk memikat isterinya yang kedua, Adira sebelum berkahwin. Sebaliknya, beliau lebih terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati.


“Ketika pertama kali saya mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong wang ringgit. Sebab itu saya tidak kisah dengan pandangan orang luar ke atas diri saya, janji kedua isteri saya ini memahami”


“Sebab itu saya tidak kisah tentang pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini memahami. Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.


Selain itu, Datuk Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu merupakan detik yang terindah buat dirinya untuk melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Malah isteri pertamanya, Datin Norshafila Hassim memberikan nasihat kepada Adira untuk menjaga kandungan beliau dan tidak terlalu stress.



Terdahulu, Adira, 25 berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015. Apa pun, diharap segala kontroversi yang melanda dapat dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dimasa hadapan. - CARI










Sumber - Rotikaya/BeritaHarian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 04:35 PM | Show all posts
pape jelah dato merah oi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai tokred gila limelight yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pun berpegangan tangan?  Vid not clear pun. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:41 PM | Show all posts
whatever lah tokred
gile glamer betul skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:42 PM | Show all posts
pigi dah...kalau ko takde duit, ko ingat adira nak ke dgn ko...puiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2016 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakaplah detik terindah bagai nanti yang no 1 upload gambo kat spital lagik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:44 PM | Show all posts
"Terdahulu, Adira, 25 berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015. Apa pun, diharap segala kontroversi yang melanda dapat dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati dimasa hadapan. - CARI"


diorg kawin dekat siam bermakna isteri pertama tak bg izin ke mcm mana???
kalau 1st wife ok napa tak nikah je kt Malaysia??napa sampai ke siam???

sian ko adira...kawin pon koboi ajer...reception apa pon tak de...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
fuzzyfuzzy replied at 16-8-2016 04:44 PM
"Terdahulu, Adira, 25 berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailan ...

Reception ada uol. Deyol buat kat kampong halaman Adira.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berbekalkan paras muka nan hado pun.. Ko ingat kalau ko mesekin adira nak ke kat ko tuh???
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:53 PM | Show all posts
reception pun macam suram..
tak pa la..moga berbahagia till jannah ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:56 PM | Show all posts
overrated sangatlah kau ni.
asyik dgn cite percintaan gatal birah kau tu je
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:56 PM | Show all posts
Kesian bini 1st
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:59 PM | Show all posts
bertabah la adira kalo ada retis yg caras dato' red. dah ko pun sama gak caras dato' red dari 1st wife..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua ni ngaku dia sahaja y suka timbulkan masalah..kesian bini2 nye..sengsara brlakikn org y suka wat masalah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:01 PM | Show all posts
chazey replied at 16-8-2016 04:50 PM
Reception ada uol. Deyol buat kat kampong halaman Adira.

ooo yeke...i tot tak de reception...
sbb suram je...yela retis kalo kawen harus lah gempak gempita gitu..
tiba2 adira...senyap sunyi sepi...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2016 05:01 PM | Show all posts
yela... tiap2 hari "merah" je laa kau...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli doh jantan tak sedor diri macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever u nak cakap ape, ade aku kesah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2016 05:07 PM | Show all posts
bertabah lah. bisnes ape die nih? sampai ber dato seri bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070891 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list