|
Oleh Izzah Abbasy
Siapa yang gemar dengan makan Itali wajib cuba makan di Restoran Livello Uno yang terletak di Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur. Istimewanya pemilik restoran ini adalah kacukan Melayu dan Itali iaitu Cik Mutiara Pino bersama abangnya Mashad Pino merupakan Eksekutif Chef disini. Chef berdarah Itali yang masak, agak-agak macam mana rasa masakan mereka? Gabungan pelbagai warna yang menarik mewujudkan lagi suasana yang ceria dan ringkas. Menurut pemilik restoran, makanan yang disediakan adalah halal dan bahan-bahan masakan dicari sendiri oleh chef agar terjaga kualitinya. Menu yang menjadi kegemaran ramai sudah tentu Spaghetti Marinara. Peminat Spaghetti Marinara pasti tahu sedap dia macam mana. Isi spaghetti tidak menghampakan sebab meriah dengan udang, sotong dan isi ketam! Yang lagi best, fresh mussels pun memeriahkan lagi spaghetti ini, memang puas hati. Rasa sos tomato (dibuat sendiri) yang masam manis menepati anak tekak. Terdapat pelbagai hidangan dan menu yang sangat disyorkan jika berkunjung ke sini. Hidangan yang cantik ini memang sesedap rupanya. Beralih ke pencuci mulut yang terakhir iaitu Tiramisu. Memiliki rasa kopi yang tidak terlalu kuat daripada biskut yang dicelup dengan kopi bersama mascarpone cheese. Tidak muak. Peminat masakan dan makanan Itali, anda patut datang ke sini dan mencuba sendiri menu-menu lazat di sini. - CARI Alamat Livello Uno: |
|
21
![]() Bagus |
6
![]() Marah |
10
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
13
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT