Oleh Izzah Abbasy
Siapa yang gemar dengan makan Itali wajib cuba makan di Restoran Livello Uno yang terletak di Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Istimewanya pemilik restoran ini adalah kacukan Melayu dan Itali iaitu Cik Mutiara Pino bersama abangnya Mashad Pino merupakan Eksekutif Chef disini. Chef berdarah Itali yang masak, agak-agak macam mana rasa masakan mereka?
Gabungan pelbagai warna yang menarik mewujudkan lagi suasana yang ceria dan ringkas.
Menurut pemilik restoran, makanan yang disediakan adalah halal dan bahan-bahan masakan dicari sendiri oleh chef agar terjaga kualitinya.
Menu yang menjadi kegemaran ramai sudah tentu Spaghetti Marinara. Peminat Spaghetti Marinara pasti tahu sedap dia macam mana. Isi spaghetti tidak menghampakan sebab meriah dengan udang, sotong dan isi ketam! Yang lagi best, fresh mussels pun memeriahkan lagi spaghetti ini, memang puas hati.
Rasa sos tomato (dibuat sendiri) yang masam manis menepati anak tekak.
Spaghetti Marinara
Terdapat pelbagai hidangan dan menu yang sangat disyorkan jika berkunjung ke sini. Hidangan yang cantik ini memang sesedap rupanya.
Gnocchi with Shredded beef and fresh Mozzarella
Beef Lasagna
Crepe Spinach
Garlic Cheese Bread + Anchovy Toast Bread
Peach Passion + Raspberry Italian Creme Soda with Raspberry Bits
Panna Cotta adalah hidangan pencuci mulut menu Italian food yang diperbuat dari thickened creme bersama vanila dengan sedikit madu berserta raspberi. Dihidangkan sedikit sejuk membuatkannya sempurna!
Beralih ke pencuci mulut yang terakhir iaitu Tiramisu. Memiliki rasa kopi yang tidak terlalu kuat daripada biskut yang dicelup dengan kopi bersama mascarpone cheese. Tidak muak.
Panna Cotta + Tiramisu
Peminat masakan dan makanan Itali, anda patut datang ke sini dan mencuba sendiri menu-menu lazat di sini. - CARI
Alamat Livello Uno:
165A Jalan Aminuddin Baki 6000 Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur Malaysia
03-28560345
Waktu Operasi:
Setiap hari (kecuali Selasa) : 12.00 tengah hari hingga - 10.30 malam
Facebook: https://www.facebook.com/livellounottdi
Instagram: @livellouno
Sumber : MySelera
|