Oleh Izzah Abbasy
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), baru-baru ini memuat naik status dan gambar di laman Facebook miliknya dengan memegang penyapu dan berdiri bersebelahan lori pengasingan sisa pepejal. KJ rupanya menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. KJ tampil dalam satu filem pendek berdurasi 5 minit yang mana dia akan melakonkan watak seorang 'mat bangla' dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury. Filem pendek itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar. Sementara itu, di bahagian komen, netizen memuji apa yang dilakukan oleh KJ itu. "Hebat...Tahniah YB,...seorang Pemimpin generasi muda yang berjiwa rakyat dan senantiasa dengan nilai"murni,,, semoga menjadi contoh kepada anak" muda....terus kan perjuangan YB..semoga senantiasa Semangat dan Sukses, Insyaallah niat yang baik allah permudahkan.Amin,, YB Terbaik........", tulis Uji Rahayu. Mazz Lann pula berkata "Apa org nak cakap cakap lahh...YB KJ is the best ever Minister!!". "Terbaik KJ , tunjukkan kpd pemuda2 kita bahawa walau apa jua kerja yg halal adalah mulia berbanding hanya mengomel, melepak dan merempit tak tentu hala sampai subuh.... tu.", tulis Saifudin Jumat pula. Apabila menteri sendiri dapat merasai apa yang rakyat rasa, barulah rakyat sendiri bersemangat untuk melakukan kerja tersebut. Walaupun kerja yang dianggap kotor ini oleh sesetengah pihak, jika ia diangkat menjadi kerjaya yang dipandang masyarakat, sudah pasti para belia berani untuk mencubanya. Syabas juga buat YB KJ. Sekurang-kurangnya para belia ada minat untuk menceburi bidang pekerjaan tersebut tanpa memilih kerja ketika negara di ambang kemerosotan ekonomi ini. - CARI Infonet |
16
Bagus |
29
Marah |
19
Terkejut |
26
Sedih |
26
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT