oleh Adib ZA Anggota TLDM dilarang memuat turun sebarang aplikasi permainan terutama Pokemon Go, bagi mengelak masalah dan juga risiko ketika menjalankan tugas, petik laporan Bernama. Sudah tentu telefon pintar yang dibekalkan kepada sebahagian anggoota adalah khusus untuk kegunan rasmi bagi memudahkan kelancaran kerja, kata Panglima TLDM Laksamana, Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. "Kita memang menyediakan telefon bimbit kepada anggota yang menjawat jawatan tertentu contohnya petugas dan pegawai memerintah dan ia hanya boleh digunakan untuk tugasan rasmi. "Lagipun permainan maya ini terutama Pokemon Go mempunyai risiko yang boleh mengancam keselamatan diri mereka sendiri sehingga menyebabkan kemalangan," ujarnya. "Anggota TLDM tidak digalakkan bermain Pokemon Go terutama dalam kawasan pangkalan berikutan pelbagai risiko dan ancaman keselamatan. "Kita bagi peringatan bukan sahaja kepada warga TLDM malah kepada orang awam yang mana telah berlaku di Perancis seorang lelaki ditahan kerana menceroboh kem tentera akibat terlalu ghairah mengejar Pokemon," katanya lagi. - CARI Sumber: Bernama |
famri7 replied at 13-8-2016 07:19 PM
Alhamdullilah diizinkan Elohim untuk memelihara mek yah @sipendiam @dinopower @finesse ..mere ...
famri7 replied at 13-8-2016 07:19 PM
Alhamdullilah diizinkan Elohim untuk memelihara mek yah @sipendiam @dinopower @finesse ..mere ...
shernazz replied at 13-8-2016 08:53 PM
memang pokemon tu nama dua mek yah ke?
edee_91 replied at 14-8-2016 11:38 AM
bukanlah.
Rorra replied at 14-8-2016 07:35 PM
Ingatkan saya seorang je yang tak main pokemon go (bukan anggota TLDM)
brownstone replied at 14-8-2016 07:39 PM
Musuh x payah nak berabis bajet bilion dollar dalam cyber warfare....kita sendiri yg bagi maklumat m ...
famri7 replied at 13-8-2016 07:19 PM
Alhamdullilah diizinkan Elohim untuk memelihara mek yah @sipendiam @dinopower @finesse ..mere ...
ADVERTISEMENT