Oleh : TS LOO Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk pagi kelmarin. Sememangnya berita itu amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia.
Sementara itu, pingat emas menjadi milik peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia dan gangsa dimenangi gandingan dari Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion. Tunggu dulu, selain keputusan yang membanggakan negara, berlakunya satu perihal yang menggemparkan di Pusat Akuatik Maria Lenk ketika itu. Apa sebenarnya yang terjadi? Kan semua itu merupakan kolam renang? Tapi kenapa air kolam sebelah berwarna biru, dan sebelah satu lagi pula berwarna hijau?
Kejadian pelik itu turut menarik perhatian perenang hebat dari Britain, Tom Daley, beliau memberi komen yang sinis di akaun twitternya selepas berlangsungnya acara terjun 10 meter platform seirama wanita. Sebelum ini, air kolam masih berwarna biru, tetapi semalam tiba-tiba bertukar menjadi warna hijau. Kejadian itu membimbangkan ramai peserta, rata-rata rasa risau ada kemungkinan air kolam itu membahayakan. Lagipun masalah pencemaran air di Rio pernah terjadi sebelum bermulanya Olimpik, sekali gus menarik perhatian antarabangsa. Selepas pertandingan, menurut jurucakap Persekutuan Renang Antarabangsa, Pedro Adrega, mungkin terdapat peserta yang memohon untuk mengubah warna air kolam di Pusat Akuatik ini, bagi mengurangkan pantulan cahaya matahari. Namun, kenyataan sedemikian dianggap tidak munasabah. Sehubungan itu, jurucakap penganjur turut tampil memberi penjelasan, dengan mengatakan berkemungkinan akibat cuaca panas dan tiada angin, menyebabkan rumpai laut membiak di dalam kolam, namun ianya tidak membahayakan kesihatan para atlet. Kenyataan tersebut disifatkan lebih munasabah, Tetapi jurucakap penganjur turut bergurau dan berkata, jika air kolam itu berubah dari hijau menjadi kuning, ianya akan menjadi warna rasmi bendera Brazil. Walau bagaimana pun, jawatankuasa Olimpik Rio 2016 mengeluarkan kenyataan bersama bahawa kualiti air di kolam itu telah pun diuji dan disahkan ianya selamat digunakan. Manakala, persoalan kenapa kolam air berubah dari biru menjadi hijau, perkara tersebut masih dalam siasatan. Boleh dikatakan olimpik Rio 2016 kali ini banyak betul masalah yang berlaku.- CARI |
13
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
8
Sedih |
12
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ejans replied at 11-8-2016 11:59 AM
Takott akuu
Tp kazen aku penah cite. Kt overc ada teknologi cecair kolam kalau ada sape kencing dia ...
ADVERTISEMENT