Oleh : TS LOO QiGong adalah sejenis senaman tradisional dari China menggunakan teknik kawalan pernafasan itu dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang baik.
Senaman ini kelihatan sama seperti 'Tai Chi' namun apa yang membezakannya adalah kawalan pernafasan dan menggunakan tenaga dalaman. Di Shantong, China, ketika berlangsungnya Festival Bir Antarabangsa untuk kali ke-4, terdapat seorang lelaki bernama Wei Long yang berasal dari Caoxian Shantong yang bergelaran Raja Kung Fu sedang mempersembahkan kehebatan QiGong. Di atas pentas, kelihatan badannya dililit dengan ketat lapan lilitan dawai, kemudian Wei Long menggunakan tenaga dalamannya, lalu dengan sepenuh hati sambil menjerit, serta-merta memperlihatkan semua lilitan dawai pada badannya terputus serentak.
Ribuan penonton yang menyaksikan pertunjukan tersebut kagum dengan kehebatan yang dipersembahkan oleh Wei Long, rata-rata memberi tepukan yang gemuruh.- CARI |
ADVERTISEMENT