Oleh Izzah Abbasy
Kenapa ramai suka membeli daripada membuat sendirinya di rumah? Sebabnya, kadang-kadang leceh dengan anak-anak, kekangan masa, tiada ketuhar, cara penyediaan yang agak sukar, ambil masa lama dan lain-lain. Tetapi dengan resepi Biskut Cheese atau Biskut Keju ini, yang malas pun jadi rajin. Mudah sangat tau. Selera anda pasti tidak terbatas asalkan apa yang dihidangkan itu nampak menyelerakan. Tidak perlu membeli di bakeri, kafe atau menempahnya, boleh buat sendiri Biskut Cheese ini yang semudah ABC. Pasti seisi keluarga gembira ketika menikmatinya. Hanya tunggu Biskut Cheese ini sejuk dalam peti ais kemudian dah boleh dihidangkan. Ikut sahaja resepi yang disediakan ini. Bahan-bahan : 1/2 tin susu pekat manis 250 gram krim keju 1 paket biskut Cracker Original 1 kotak kecil susu segar 150 gram nestum Cara-cara penyediaan : 1. Campurkan susu pekat bersama keju. 2. Pukul sebati hingga kembang. 3. Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang. 4. Susun rapat di dalam loyang empat segi. 5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker. 6. Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah 3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki. 7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan. |
17
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
17
Sedih |
22
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
513172 replied at 9-8-2016 03:36 AM
Bole try buat tp nk kursng gula
hazz11 replied at 10-8-2016 10:50 AM
gula takde pulak dlm resipi
susu pekat yang ada....
ADVERTISEMENT