Oleh Izzah Abbasy
Kenapa ramai suka membeli daripada membuat sendirinya di rumah? Sebabnya, kadang-kadang leceh dengan anak-anak, kekangan masa, tiada ketuhar, cara penyediaan yang agak sukar, ambil masa lama dan lain-lain.
Foto : khairulabdullah.com
Tetapi dengan resepi Biskut Cheese atau Biskut Keju ini, yang malas pun jadi rajin. Mudah sangat tau.
Selera anda pasti tidak terbatas asalkan apa yang dihidangkan itu nampak menyelerakan. Tidak perlu membeli di bakeri, kafe atau menempahnya, boleh buat sendiri Biskut Cheese ini yang semudah ABC. Pasti seisi keluarga gembira ketika menikmatinya. Hanya tunggu Biskut Cheese ini sejuk dalam peti ais kemudian dah boleh dihidangkan.
Foto : akubiomed.com
Ikut sahaja resepi yang disediakan ini.
Foto : MW
Bahan-bahan :
1/2 tin susu pekat manis
250 gram krim keju
1 paket biskut Cracker Original
1 kotak kecil susu segar
150 gram nestum
Cara-cara penyediaan :
1. Campurkan susu pekat bersama keju.
2. Pukul sebati hingga kembang.
3. Rendamkan sebentar biskut cracker dengan susu segar, jangan sampai kembang.
4. Susun rapat di dalam loyang empat segi.
5. Buat satu lapisan keju di atas biskut tadi sehingga menutupi biskut cracker.
6. Taburkan nestum di atas lapisan keju. Ulang langkah 3, 4 dan 5 mengikut ketebalan yang dikehendaki.
7. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.
|