CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali

5-8-2016 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3985| Komen: 7

Oleh Izzah Abbasy

Bali, Indonesia yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata ialah sebuah pulau yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok.

Bali memang terkenal sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi rakyat Malaysia, Jepun dan Australia.

Jika anda ke Bali, jangan lupa untuk melawat 10 tempat menarik ini selain berkunjung ke tepian pantai, anda juga akan menikmati panorama yang cukup mempesonakan.

1. Pantai Kuta

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Pantai kuta adalah tempat tarikan pelancongan yang sangat terkenal di Bali. Nikmati keindahan Pantai Kuta yang cukup cantik dan kos pembelanjaan disini juga sangat murah.

2. Pura Tanah Lot

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Pura Tanah Lot juga merupakan tempat yang terkenal di Bali. Keindahan yang cukup untuk buat anda terpukau terutama ketika matahari terbenam. Mengikut mitos disini, ia adalah tempat untuk menyerunya dewa laut.

3. Pantai Padang Padang

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Pantai Padang Padang mungkin tidak popular seperti Pantai Kuta, namun pantai ini juga menjanjikan permandangan yang indah untuk anda.

4. Danau Beratan Bedugul

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Danau Beratan Bedugul adalah terletak di daerah pergununangan. Tempat yang terkenal dengan suasana alam semulajadi ini turut menawarkan aktiviti permainan air.

5. Garuda Wisnu Kencana (GWK)

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Garuda Wisnu Kencana atau sebutan singkatnya dipanggil sebagai  'GWK'. Tempat ini terletak di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta, walaupun tidak sempat siap dibina ia mempunyai sejarah tersendiri yang sangat menarik untuk diketahui.

6. Pantai Lovina

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali

Anda mungkin tidak pernah dengar nama pantai ini, tapi ia juga merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Di sini anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba meloncat keluar dari habitatnya!

7. Pantai Jimbaran

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Pantai Jimbaran juga merupakan salah satu pantai yang popular di Bali. Jika kali pertama anda ke sini, apa yang anda akan nampak adalah deretan meja dan kerusi tersusun di atas pasir putih yang cukup cantik ini.

8. Monkey Forest

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali

 
Terletak di Ubud, Bali, Monkey Forest adalah sebuah hutan yang dihuni oleh banyak kera liar. Kera-kera ini dianggap keramat oleh penduduk setempat sehingga tidak boleh diganggu dan dibiarkan hidup di hutan.

9. Danau Batur Kintamani

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Terletak di gunung tertinggi ke-2 di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dan dilengkapi dengan permandangan yang cukup mempersonakan.

10. Arung Jeram Sungai Ayung

Top 10 Tempat Menarik Jika 'Makan Angin' Ke Bali


Selain daripada mandi pantai dan berjemur, anda juga boleh pergi ke Arung Jeram Sungai Ayung. Mandi-manda disini amatlah menyeronokkan dan udara di sini juga sangat nyaman!

Sumber : Tempat Menarik Bali
4

Bagus
7

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misscendol 5-8-2016 01:49 PM
mmg best bali ni. tp sorry lah kalau sensitif sikit, xtahan bau kemeyan nye at every kedai,place,kawasan attraction bali. tp itu mmg culture dorang so diharap sesape yg pegi idoklah buat tutup hidung kalau xtahan bau. itu menghina namanye. but overall best
Quote Chilliflakes 5-8-2016 05:21 PM
Bali mmg best. Pegi masa januari 2015. Overall mmg best, tp last day kena kejar dek anjing kat pantai kuta sbb sibuk nak bgambar smpai termasuk kawasan anjing tu jaga. Tguling2 kami jatuh dikejar anjing tuh.
Quote cikcikebom 9-8-2016 10:34 AM
mmg best bali ni.
Quote shoyuna 10-8-2016 10:02 PM
Macam best gak Bali ni. Plan nak travel end of this year but belum decide lagi nak ke mana.. So nak tanya uols, klu nak ke Bali ni better amik pakej ke or tak? Klu pakej, agency mana yg ok? Any tips? Mohon share
Quote iznanaziz 15-8-2016 02:17 PM
misscendol replied at 5-8-2016 01:49 PM
mmg best bali ni. tp sorry lah kalau sensitif sikit, xtahan bau kemeyan nye at every kedai,place,kaw ...

makan camna pulak?
Quote iznanaziz 15-8-2016 02:18 PM
Chilliflakes replied at 5-8-2016 05:21 PM
Bali mmg best. Pegi masa januari 2015. Overall mmg best, tp last day kena kejar dek anjing kat panta ...

kat pantai Kuta, ada chalet ke?
Quote misscendol 15-8-2016 09:52 PM
iznanaziz replied at 15-8-2016 02:17 PM
makan camna pulak?

Dulu iols mostly mkn restoran wong solo je. Other than that haruslah try moboro ayam tulang rapuh. Tu semua tempat makan yg standard restoren. Rasenya due tempat tu jelah sedap makan. Yg lain mmg nan hado. tp tu cerita berapa tahun lepas. Skrg maybe byk choice dah kot

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.091863 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top